CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5049|Reply: 14

Kuih Melayu Dikongsi Lebih 2,000 Kali Di FB! Kuih Apa, Tu?

[Copy link]
Post time 20-12-2017 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Kuih Melayu viral? Jarang dengar, kan? Selalu yang viral adalah kek, biskut atau manisan seperti pavlova dan churros.

Talam Kacang Hijau adalah sejenis kuih yang sudah hampir 'pupus' kerana tak begitu dikenali. Tapi bila tengok gambar, memang menyelerakan sekali! Jom tengok apa lagi yang menarik pasal kuih ni.

Ia menggunakan empat bahan asas saja iaitu kacang hijau, gula, santan dan tepung beras. Daun pandan jangan dilupakan pula, ya. Kuih Melayu ni macam 'tak sah' pula kalau tak menggunakan daun pandan. Memang tak renyah langsung walaupun ia sejenis kuih yang dikukus.


Kalau mengikut 'peraturannya', pasti menjadi sebab ianya mudah sangat. Bahan pun murah saja.




Bahan asas yang senang dibeli di kedai runcit



Yang paling penting bila membuat kuih ini adalah bab 'mengacau atas api perlahan sehingga naik wap'. Maknanya, kacau adunan sehingga nampak macam 'asap' di atas permukaannya. Jangan terlebih masak kerana adunan akan menjadi pekat dan susah nak dituang ke dalam acuan. Proses 'naik wap' ni sangat penting bila membuat sebarang kuih yang dikukus.





Senang nak buat dengan foto setiap langkah



Talam Kacang Hijau antara kuih yang terdapat dalam buku '101 Resipi Pengikat Kasih Mertua'. Ada 100 lagi resipi lauk-pauk, manisan, nasi, kerabu, ikan, daging, ayam dan lain-lain.



Kebanyakan resipi adalah koleksi akhbar atau majalah sekitar tahun 1960-an. Boleh dikatakan, ianya resipi-resipi yang sudah jarang dibuat masa kini dan susah nak ditemui di mana-mana gerai atau restoran.





Berharga RM29.90, buku ini boleh dibeli di kedai buku Popular



Kena cuba buat kuih ni dan rasa sendiri sebab dah
2,618
kali ia dikongsi di laman Facebook (FB). Jadi, memang tak syak lagi ia amat popular. Malah, ramai yang dah mencubanya berkata, sedap gila!



TALAM KACANG HIJAU





Khasiat kacang hijau, lemak santan dan aroma pandan buat kecur air liur


Bahan Lapisan Bawah

1 cawan gula halus

1 cawan tepung beras

1-3/4 cawan santan (1/2 biji kelapa)

3/4 cawan kacang hijau, direndam 4 jam, direbus empuk & dikisar halus



Bahan Lapisan Atas

2/3 cawan tepung beras

1-3/4 cawan santan (1 biji kelapa)

Garam secukup rasa



1.  Untuk Lapisan Bawah: Satukan semua bahan hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang 22cm yang dilengser minyak.

2.  Kukus selama 20 minit atau hingga masak.

3.  Untuk Lapisan Atas: Kacau rata semua bahan, tapiskan ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan hingga naik wap.

4.  Tuangkan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit atau sehingga masak.



Petua: Bahagian bawah penutup kukus hendaklah dilap setiap 10 minit atau dibungkus dengan tuala nipis yang besar.



Senang saja nak buat kuih Melayu ni sebenarnya. Jom kita 'hidupkan' kembali kuih tradisi Melayu! - CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2017 10:53 AM | Show all posts
ak suke kueh tamingsari. dalam buku ni ade resipi tak.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 11:13 AM | Show all posts
hmmmmmm sedapnyaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 11:52 AM | Show all posts
dah lame x mkn kuih
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka kole kacang
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 01:46 PM | Show all posts
Sedapnya kuih ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2017 05:08 PM | Show all posts
teknik nengok asap tu mmg aku setuju
tips penting kalau buat kuih kukus ni
last time aku join kelas buat kuih talam dgn chef terkenal (tapi maaf. aku tak kenal dia haha!)
memang di tekankan kat situ - tengok asap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2017 09:04 AM | Show all posts
Edited by Cari-Zai at 21-12-2017 09:07 AM
chinta89 replied at 20-12-2017 10:53 AM
ak suke kueh tamingsari. dalam buku ni ade resipi tak.. huhu

Takde tapi kalau nak cuba, di bawah resipinya. Ada orang sebut Kuih Laman Sari. Dalam buku tu ada resipi Dodol Kukus, Hati Susu, Enche Abas Demam, Serikaya Pisang dll.

Bahan Lapisan Bawah
1¾ cawan tepung kacang hijau
1¼ cawan gula pasir
3½ cawan santan pekat (1 kelapa)
½ sudu teh esen ros
3 biji telur
Garam secukup rasa

1. Gaul (atau kisar) semua bahan di atas dan tapis. Kemudian kacau atas api perlahan.
2. Bila agak pekat, tuang adunan ke dalam loyang bulat 24-26inci (telah disapu minyak dan dipanaskan dalam kukusan).
3. Kukus selama 30 minit.

Bahan Lapisan Atas
6 biji telur
2½ cawan santan pekat (1½ biji kelapa)
1¼ cawan gula pasir
4 sudu besar tepung gandum
½ sudu teh esen ros
Garam secukup rasa

1. Gaul semua bahan di atas dan tapis. Masak di atas api kecil sehingga pekatsedikit.
2. Tuangadunan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 40-45 minit.
3. Biarbetul-betul sejuk sebelum dipotong dengan spatula plastik.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2017 09:40 AM | Show all posts
Cari-Zai replied at 21-12-2017 09:04 AM
Takde tapi kalau nak cuba, di bawah resipinya. Ada orang sebut Kuih Laman Sari. Dalam buku tu ada  ...



OMG sedapnya..... Tamingsari ni org tua2 lama buat mmg 'jadi'

org2 baru skg x jumpa lg yg buat btl2 sedapppp


tenkiu resipi. nt iols cuba.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 10:36 AM | Show all posts
Emmmmm....mesti best
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 10:56 AM | Show all posts
nak kena cari buku ni...i suka buku resipi yg isinya masakan tradisional tapi nak betul2 lah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
iols penah tgk buku resipi.kat popular
puteri ayu dengan.kelapa kuning
kuning tu maknanya dh lama
xlalu nak makan.apatah lagi nak.membeli buku tu....
nak buat buku resipi biarlah gambar nya proper
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah: teknik nengok asap tu mmg aku setujutips penting kalau buat kuih kukus nilast time aku join kelas buat kuih talam dgn chef terkenal (tapi maaf. aku ta ...

Dapur rumah akak pakai electric asap xkeluar
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2018 04:21 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 22-2-2018 01:31 PM
Dapur rumah akak pakai electric asap xkeluar

kuih ni kukus la kak...bukan pakai oven..

teknik tgk asap tu masa masak adunan atas api tu, nnt adunan tu mcm berasap....i pun tak brp pandai teknik ni, sbb tak nmpk pun asap tu

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.338243 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list