Zaman sekarang pun dah banyak artikel yang menyediakan segmen kenali personaliti sedemikian seperti kuiz dan macam-macam lagi lah. Tapi, kali ini kita nak kongsikan gaya memegang telefon pintar yang juga mencerminkan personaliti diri seperti diterbitkan lonely-rooyang.com.
Jom tengok ada yang kena dengan diri anda tak? A. Pegang telefon dengan satu tangan dan menaip menggunakan ibu jari tangan sama Maksudnya, anda seorang yang sangat teliti serta mudah kenal siapa yang baik dan jahat dengan anda. Amboi, bukan sembarangan ni! Anda juga adalah seorang yang tahu menentukan antara benci dan cinta walaupun kadang-kadang kata-kata anda kurang sedap didengar orang lain. Kalau bercinta tu, anda jenis rela berkorban dan memberi yang terbaik kepada pasangan. B. Pegang dengan dua tangan dan menaip menggunakan satu ibu jari Jenis B ni adalah orang yang tak yakin diri, selalu perlukan perlindungan dan perhatian orang lain. Kadang-kadang tu, anda bersikap terlalu baik sampai tak ada pendirian sendiri. Dari segi hubungan cinta, anda kurang bertindak balas dan 'kaku' saja hingga menyebabkan pasangan merasa kurang disayangi. Anda juga lebih rela menahan perasaan dan emosi sendiri sebab tak suka perkara rumit. Lebih kurang, anda ni jenis tenang dalam semua keadaan. C. Pegang dengan dua tangan dan menaip dengan dua ibu jari Hampir sama dengan jenis B tadi, anda seorang yang kurang keyakinan diri dan tak tetap pendirian. Sering berasa takut dan risau dengan diri sendiri jika melakukan sesuatu. Anda perlukan seseorang untuk menyokong anda 100 peratus. Keadaan anda berubah lebih baik, positif dan yakin diri jika disokong orang lain. Dari segi hubungan cinta pula, anda sangat mencintai pasangan anda sehingga sanggup ketepikan keinginan sendiri demi orang yang disayangi. Anda juga seorang yang mudah melupakan masa lampau. Mudah memaafkan kesalahan orang lain la ni, kan? D. Pegang dengan dua tangan dan menaip dengan jari telunjuk Anda jenis pendiam dan 'liat' untuk menghadiri mana-mana majlis dan sukakan tempat yang aman dan terasing kerana lebih suka bersendiri. Anda juga rela mengorbankan diri sendiri daripada melihat orang lain susah atau disakiti. Jadi, anda tak tahan melihat orang lain menangis, lebih-lebih lagi pasangan sendiri. Hati tisu la ni kan? Yang positifnya anda sangat mudah memaafkan kesalahan pasangan. Tapi, harus berhati-hati dalam memberi kemaafan. Bukan apa, takut ada yang mengambil kesempatan saja nanti. Jadi, pembaca jenis yang mana ya? Bagaimanapun, kalau betul atau hampir mengena tu, anggap sajalah kebetulan. Janganlah serisu sangat, okey? Sekadar suka-suka je ni. - CARI |
8
Bagus |
5
Marah |
8
Terkejut |
12
Sedih |
6
Lawak |
28
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT