CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gandingan Serasi Bersama Neelofa Dalam Meletop, Awal Bakal ‘Caras’ Nabil?

20-12-2017 11:59 AM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 17269| Komen: 110|Original author: Oleh: Suzy

Awal bersahaja mengendalikan rancangan hiburan popular, Meletop.
Program Meletop yang ditayangkan baru-baru ini telah dihoskan oleh pengacara tetap program tersebut, Neelofa bersama pengacara jemputan Awal Ashaari. 

Rata-rata penonton memuji kelancaran Awal dalam mengacara prgram tersebut. Rakan baik Neelofa itu yang mempunyai pengalaman yang sangat lama di dalam bidang pengacaraan dilihat bersahaja mengendalikan program hiburan itu.


Neelofa dan Awal rakan baik yang sentiasa menyokong aktiviti seni masing-masing.

Dalam kegembiraan menyambut baik Awal sebagai hos program tersebut, ada desas-desus pula mengatakan Awal  akan mengundurkan diri daripada rancangan hiburan konsep serupa, Melodi setelah 6 tahun menjadi pengacara. 

Dengan tersebarnya khabar angin ini, peminat mulai membuat spekulasi bahawa Awal bakal menggantikan Nabil sebagai pengacara Meletop setelah melihat kelibatnya di dalam rancangan tersebut baru-baru ini. 

6 tahun bersama Melodi, Awal bakal mengundur diri?
Dalam berita lain, Melodi turut dikatakan akan melakukan perubahan hos apabila nama Janna Nick dan seorang lagi selebriti lelaki yang masih belum dikenal pasti identitinya ‘dipetik’ akan menggantikan Awal. Perwatakan Janna yang selamba dan sentiasa ceria dikatakan mampu memeriahkan lagi program Melodi. 

Spekulasi mengenai  perubahan pengacara ini timbul setelah TV3 mengumumkan Mira Filzah sebagai pengacara Nona bagi tahun 2018. 

Namun begitu, pihak Tv3 mahupun Astro belum membuat apa-apa kenyataan mengenai perkara ini. Peminat pula semakin tidak sabar mengetahui siapakah wajah-wajah baru yang bakal mengisi ruang kaca tv mereka. Di mana-mana sahaja ruangan perbincangan, topik ini hangat diperkatakan memandangkan kedua-dua rancangan hiburan ini adalah top 2 bagi rancangan berkonsepkan sebegini. 

Mira Filzah dilihat berbakat bukan sahaja dalam bidang lakonan malah pengacaraan.
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Mira Filzah diatas pelantikannya sebagai pengacara baru Nona. Semoga rancangan Nona lebih diminati ramai dengan corak pengacaraan yang lebih segar.  - CARI 

4

Bagus
7

Marah

Terkejut
15

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prizadane 20-12-2017 12:03 PM
kalau awal caras Nabil, i nak gelakkan saja si nabil tu. selama ni bukan main tag team dengan lopak kenakan FA. rasakan...kekekee
Quote ira_229 20-12-2017 12:05 PM
prizadane replied at 20-12-2017 12:03 PM
kalau awal caras Nabil, i nak gelakkan saja si nabil tu. selama ni bukan main tag team dengan lopak  ...

yes..i pun...!!!!nampak awal dah bodek nak caras tempat hjbil...padan muka...bergasak lah korang...kita makan popcorn sajok..
Quote K_Lily 20-12-2017 12:06 PM
Mira Filzah cantik... ok jer Awal ganti Nabil...
Quote pinkyroses811 20-12-2017 12:07 PM
Brp byk benang lopa nk bukak ni.. biar penuh thread dia je ke???... apesal x cmpak je benang hajah kt ulu banat sana??.. brapa jah byr ni woiii??
Quote delia3003 20-12-2017 12:10 PM
Edited by delia3003 at 20-12-2017 12:17 PM

Janna tu bingit. Kurang2 kan ler bingit kalau betul jadi pengacara Melodi. Ada tengok hari tu, yang dia datang Melodi dengan Izara untuk promote Dia. Izara elok je, dia pulak dah macam apa, bingit...cakap terjerit-jerit dan ketawa kuat giler, jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan Izara masa tu

Kalau betul ler Awal akan gantikan Nabil, Sian nabil, sia2 je tag team dengan lopak
Patut le awal bukan main lagi tag team dengan lopak membahan Fattah kat program sampah tu, ada udang disebalik mi rupanyaIols tak tengok neelatop, so tak kisah ler nak tukar pengacara ke hape ke....tak terkesan (tapi kalau tukar  2 pengacara asal tu sekali, mungkin akan tengok kalau pengacara baru ok) tapi Melodi kadang2 tengok kalau free

Mak ai, buruk giler fesyen lopak dalam gambar tu

Quote de_ikea 20-12-2017 12:13 PM
Tak tahu nk gelak ke. Atau nk terkedu. Tapi tak terkesan sgt sbb iols bukan penonton setia. Kalo rasa nk tgok atau ada cerita best baru gugel.  Hihih
Quote mellure 20-12-2017 12:19 PM
Ok la tu buat pembaharuan....mana tahu lagi meletop top top top.......
Quote Aduradura 20-12-2017 12:21 PM
Walaupun iolls tak tengok meletop, iols vote for Awal & jihan for meletop.....mohon buang lopah, aura sheolls negatip, sape je yg bekerja ngan sheolls akan otometik jd negatip....reality ~
Quote sofiazara 20-12-2017 12:28 PM
org sruh tukar neelopak ko gi tukar nabil

bangang ke astro oi
Quote Incanto 20-12-2017 12:31 PM
awal dgn lofa sama skema dan boring

nabil wpun kadang kadang kuang ajo tp entertaining

Quote Denco 20-12-2017 12:32 PM
sofiazara replied at 20-12-2017 12:28 PM
org sruh tukar neelopak ko gi tukar nabil

bangang ke astro oi

astro pekak bisu berpisah tiada, suh buang lopak buat pekak je...ke mmg anak emas asterok si lopak ni

nabil dlm meletop xde aku nk hencap sgt...kecuali dlm GV mmg annoying


Quote rorygilmore 20-12-2017 12:35 PM
uiii....apa punya fesyen la si hajah pakai semlm?
berturban, kain terbelah belakang....
kesian ustaz don....tunduk je...kahkahkah...
#nakrewindbalikinterviewhajahkatradioikim
Quote debab76 20-12-2017 12:38 PM
meols prefer nabil
Quote halimunah 20-12-2017 12:38 PM
setuju sangat
suka tengok awal kat meletop semalam
nampak hajah yang tak senang duduk asik potong cakap awal
awal dun care pun q card, bersahaja je dia handle program

ai suka awal dengan nabila huda
kalau dengan jihan hauk jugak nanti dengan lawak mepek2

#riphajahhaji
Quote taji2906 20-12-2017 12:39 PM
bg aku baik ganti lopa.. dia kdg2 pd aku ada buat mimik muka yg mcm pandang sebelah mata kat guest2 tertentu la.. tu pd aku.. mungkin lopa tak niat gitu kan..
Quote SOFIA2017 20-12-2017 12:39 PM
sofiazara replied at 20-12-2017 04:28 AM
org sruh tukar neelopak ko gi tukar nabil

bangang ke astro oi

buang je dua2 sekali...semakkk
Quote hyie 20-12-2017 12:48 PM
awal lebih sesuai jadi emcee untuk majlis orang kawen yach...sebab heshe boring. Lebih sesuai untuk rancangan formal macam anugerah kat rtm yang ikut protokol bagai.

mohon buang lopak n ganti dengan cik piah sinar fm...
Quote alien88 20-12-2017 12:51 PM
ala kenapa tak tukar Neelofa je? Nabil best dlm Meletop, kurang2 npk buat research sebelum guest datang
#bukanfansNabil #bukanhatersNeelofa
Quote SR4tahun 20-12-2017 01:00 PM
Denco replied at 20-12-2017 12:32 PM
astro pekak bisu berpisah tiada, suh buang lopak buat pekak je...ke mmg anak emas asterok si lopak ...

Kau gile hape nak buang pengarah er esia now eberiwan ken plai

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-10-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.088280 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top