Peneraju peralatan dapur berteknologi tinggi, Thermomix memperkenalkan buku masakan edisi khas yang menumpukan pada masakan Melayu tradisional, ‘The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix'.
Buku resipi ini adalah yang pertama menampilkan koleksi masakan Melayu autentik dalam dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Buku ini merupakan hasil kolaborasi bersama Puan Suriya Abdullah yang berbangga dengan masakan tradisi keluarga. Buku ini ditulis bagi berkongsi warisan masakan Melayu kepada generasi seterusnya. Masakan Melayu sememangnya digemari ramai, namun kaedah penyediaannya yang agak melecehkan membuat orang ramai 'liat' masuk dapur. Menurut JH Lim selaku Pengarah Eksekutif Thermomix® Malaysia, buku ini menyediakan perancangan menu lengkap dengan panduan dan petua berguna serta gambar bahan-bahan yang akan digunakan, sekali gus membantu menjimatkan masa memasak di dapur. Kenapa guna Thermomix? Bagi mereka yang inginkan alternatif makanan lebih sihat, Thermomix adalah pilihan bijak kerana teknologinya membantu mengawal penggunaan bahan dan mengelak dari menggunakan bahan tambahan seperti MSG, bahan pengawet karsinogenik, serta bahan kimia. Gabungan 12 fungsi alat dapur dalam satu Thermomix seperti suatu keajaiban di mana kini semua orang boleh memasak dengan pantas dan mudah selain menyediakan pemakanan sihat. Keistimewaan ini disokong Puan Suriya yang mengakui Thermomix merupakan teman dapur ideal bagi setiap orang. "Setiap hidangan diuji berulang kali bagi mendapatkan langkah memasak mudah, mengurangkan minyak dan kandungan garam serta gula demi menghasilkan jaminan kesedapan masakan melalui pengawalan masa, suhu dan kelajuan tepat Thermomix," katanya. Thermomix boleh didapati pada harga RM6,488.00. Mahal? Jangan fikir begitu! Ia sangat berbaloi bagi mereka yang ingin jaminan pemakanan sihat serta kelancaran memasak yang efisien. Untuk maklumat lanjut, layari www.Thermomix.com.my. |
Artemesiaa replied at 5-12-2017 12:37 PM
Walauapa pun alasan kalau namanya masakan tradisional kena dimasak dengan cara tradisional tampa gun ...
Artemesiaa replied at 5-12-2017 12:37 PM
Walauapa pun alasan kalau namanya masakan tradisional kena dimasak dengan cara tradisional tampa gun ...
Modngengade1 replied at 5-12-2017 04:59 PM
kakak pun lebih suka mengekalkan cara masak tradisi dekk...cili, bawang, halia semua akak giling j ...
Modngengade1 replied at 5-12-2017 04:59 PM
kakak pun lebih suka mengekalkan cara masak tradisi dekk...cili, bawang, halia semua akak giling j ...
ADVERTISEMENT