CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi Kawasan Tokong Dipecah Masuk

28-8-2013 10:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3774| Komen: 4

Gambar hiasan


PEDAS - Seorang penjaga tokong, dekat sini terkejut mendapati tabung menyimpan wang di dalam tokong berkenaan dipecahkan dan diumpil serta wang di dalamnya dilarikan, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, Tee Yong Foo, 64, baru sahaja pulang dari minum pagi di kedai berdekatan tokong berkenaan.

Menurutnya, kebiasaannya dia membuka tokong sekitar jam 6 pagi bagi membolehkan mana-mana individu berkunjung dan melakukan upacara keagamaan.

"Apabila tokong dibuka, saya akan keluar untuk minum pagi sebelum pulang semula ke tokong. Bagaimanapun tadi (semalam) apabila saya buka pintu saya lihat ada serpihan tabung bersepah di lantai.

"Saya dapati wang syiling dan kertas yang dianggarkan bernilai RM400 lesap. Jika diikutkan, jawatankuasa tokong ingin membuka tabung ini pada 28 Ogos ini tapi sayangnya tak sempat," katanya.

Yong Foo berkata, buat masa ini dia masih lagi belum membuat laporan polis kerana urusan berkenaan diserahkan kepada pengerusi tokong berkenaan.

"Sepanjang saya menjaga tokong yang sudah seusia saya ini, sudah dua tiga kali kes kecurian sebegini berlaku," katanya.

1

Bagus
7

Marah

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fazzrules 28-8-2013 10:39 AM
biasa tabung masjid yg kena pecah..ni dah merebak ke tabung rumah ibadat agama lain...mmg hati kering la yg buta keje ni...
Quote honda_jazz 28-8-2013 11:57 AM
pecah tabung kat masjid-suspek melayu atau indon..
klu tabung kat tokong-siapa suspek?
Quote Nokiaman 28-8-2013 11:59 AM
owang owang yg tak cerpaya pada kewujudan Tuhan je buat keje camni
Quote namirulmukminin 28-8-2013 12:03 PM
Ini semua salah ANWAR!!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.140257 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top