CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Pendaki Malaysia Ditemui Di Gunung Damavand Selepas Setahun Hilang

30-10-2017 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7344| Komen: 41


sumber : internet


Mayat yang ditemui pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand, Iran Jumaat lepas disahkan pendaki Malaysia, Ramli Abd Majid. 

Ramli yang merupakan ketua jurutera sistem di Ibu Pejabat Proton Holdings Bhd, Shah Alam, Selangor bersama seorang lagi pendaki Kelab Jelajah Alpine (KJA) Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dilaporkan hilang selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain sejak 20 November 2016.

Memetik laporan Bernama, Wisma Putra dalam kenyataan semalam berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang menghulurkan bantuan untuk membawa pulang jenazah ke tanah air.

"Kerajaan Malaysia merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak berkuasa Iran di atas usaha mencari dan menyelamat yang telah dilakukan, serta menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," menurut kenyataan itu.


Agensi berita Iran, Islamic Republic News Agency (IRNA) melaporkan sekumpulan pendaki menjumpai satu mayat dipercayai rakyat Malaysia ketika mereka menuruni gunung itu pada ketinggian 4,300 meter pada Jumaat lepas.

Laporan itu turut menyebut penemuan mayat berkenaan dimaklumkan kepada Jabatan Bulan Sabit Merah di bandar raya Amol di Wilayah Utara Mazandaran yang menghantar pasukan mencari.

Syed Redzuan ditemukan meninggal dunia di kawasan Yakhar Glacier dan jenazahnya dibawa pulang ke Malaysia pada 28 November 2016.- CARI
4

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 29-10-2017 09:28 PM
'Motivasi Ramli kental sentiasa diingati'

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... l-sentiasa-diingati


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2017 @ 5:50 PM

Suraya Roslan; Mohd Hasbi Sidek dan Asrizal Aris
[email protected]


Rozaimi (kanan sekali) dan Majdi (enam dari kiri) bergambar kenangan dengan semua pendaki Gunung Davamand termasuk Allahyarham Ramli (tujuh dari kiri) dan Allahyarham Syed Redzuan (dua dari kanan).

"WALAUPUN saya berkeras tidak membenarkan dia teruskan pendakian, tetapi hati dia tetap kental untuk naik. Akhirnya saya akur turun seorang diri," itu kata Rozaimi Mohd Said, 41, pendaki terakhir yang bertemu dengan Ramli Abd Majid, 46, pendaki negara yang hampir setahun hilang di Gunung Damavand, Iran.

Jumaat lalu, mayat Ramli dijumpai selepas dilaporkan hilang ketika mendaki gunung terletak di utara Iran itu pada 20 November tahun lalu, menurut agensi berita IRNA.

Ramli hilang bersama seorang lagi rakan, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, yang mayatnya ditemui enam hari selepas hilang ketika berada pada ketinggian 4,200 meter Gunung Damavand.

Rozaimi berkata, pertemuan terakhirnya bersama Ramli dan Syed Redzuan masih segar dalam ingatan dan mereka bertiga sepatutnya turun daripada pendakian bersama-sama.

"Kami semua seramai 12 pendaki tetapi ramai  yang naik separuh pendakian sahaja. Saya dan Syed antara yang paling hadapan, selepas tiba di satu 'check point' kira-kira 5200 meter, kami turun pada 2 petang kerana waktu itu memang sepatutnya kena turun.

"Ketika kami turun, kami terserempak dengan Ramli yang sedang meneruskan pendakian dan mahu ke puncak lalu Syed menyatakan mahu menemani Ramli," katanya ketika dihubungi.

Menurut Rozaimi, dia mendesak kedua-dua rakannya itu supaya turun kerana adalah mustahil untuk tiba di puncak kerana mengambil masa lebih tiga jam untuk tiba sedangkan cuaca akan mula gelap kira-kira jam 6 petang iaitu waktu Maghrib.

Katanya, Ramli dan Syed tetap mahu meneruskan pendakian serta menyatakan akan turun sebelum hari gelap.

"Ketika itu terdapat seorang pendaki dari Turki turut meneruskan pendakian namun menyatakan tidak ke puncak dan akan turun jam 3.30 petang. Saya menyangkakan Ramli dan Syed akan turun bersama pendaki Turki itu tetapi sangkaan saya meleset.

"Apabila bertemu dengan pendaki Turki itu di kem tempat kami berkumpul di kaki gunung, pendaki itu mendakwa sudah mengajak Ramli dan Syed untuk turun tetapi mereka berdua tidak mahu," katanya.

Menurut Rozaimi, pertemuan terakhirnya bersama kedua-dua pendaki itu masih segar dalam ingatan kerana mereka bertiga sepatutnya turun bersama namun takdir menentukan ajal Ramli dan Syed di gunung berkenaan.

Seorang lagi rakan pendakian, Majdi Mohammad, 37, berkata, dia menyifatkan Ramli sebagai individu yang bermotivasi, penghibur suasana dan memegang prinsip 'tiada yang mustahil'.

Katanya, meskipun Ramli antara pendaki yang berada di belakang, dia adalah individu yang tidak mengalah untuk meneruskan pendakian sehingga berhasrat untuk tiba di puncak.

"Ramai antara kami yang turun akan bertembung dengannya yang sedang teruskan pendakian. Ketika berjumpa dengannya, dia sempat berpesan kepada saya supaya buat sesuatu keputusan dengan mengikut naluri hati.

"Dia beri semangat dan motivasi kepada saya serta menyatakan akan menemani saya jika mahu ke puncak. Dia sempat memberi saya minuman, roti dan ubat untuk memberi kekuatan kepada saya namun saya memilih untuk turun," katanya.

Menurut Majdi, Ramli antara individu yang menjadi tumpuan dalam kalangan rakan pendaki kerana sering menceriakan orang ramai dan kehilangannya sangat dirasai.

Kata Majdi, dia dan rakan lain akan berasa lega andai jasad pendaki yang ditemui itu adalah arwah Ramli sekali gus menamatkan episod penantian selepas kehilangan hampir setahun.

Jumaat lalu. Agensi berita Iran, IRNA, melaporkan satu mayat dipercayai rakyat Malaysia ditemui sekumpulan pendaki ketika menuruni gunung itu pada ketinggian 4,300 meter

Laporan itu turut menyebut, penemuan mayat terbabit dimaklumkan kepada Jabatan Bulan Sabit Merah di bandar raya Amol yang menghantar pasukan mencari.

Pakaian dan peralatan yang ditemui bersama jenazah di Yakhar Glasier gunung terbabit menjadi petunjuk bahawa yang ditemui itu adalah pendaki Malaysia yang hampir setahun hilang di gunung terletak di utara Iran itu.
Quote EJALTI 29-10-2017 09:38 PM
Edited by EJALTI at 29-10-2017 01:39 PM

Kedutaan Buat Pengecaman Mayat Pendaki Malaysia

http://www.mstar.com.my/berita/b ... 9/pengecaman-mayat/
Diterbitkan: Ahad, 29 Oktober 2017 1:15 PM
[size=0.688em]
[size=0.688em]
Ramli Abdul Majid.

[size=0.813em]KUALA LUMPUR: Wakil kedutaan Malaysia pada Ahad dijangka membuat proses pengecaman terhadap mayat pendaki didakwa rakyat Malaysia yang ditemukan di Gunung Damavand, utara Iran, Jumaat lepas.

Jurucakap Kelab Jelajah Alpine (KJA) Mohd Khafiz Bachok berkata ini bagi mengesahkan sama ada mayat yang dijumpai itu ialah Ramli Abdul Majid, pendaki yang hilang sejak setahun lepas di gunung berkenaan.

“Setakat ini, tiada pengesahan rasmi jasad yang dijumpai itu ialah Ramli. Pengecaman akan dilakukan hari ini oleh pihak kedutaan."

"Kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas pengesahan dibuat dan ia dijangka lewat petang ini,” katanya dalam kenyataan di sini mengenai Ramli yang berusia 44 tahun ketika dilaporkan hilang.

Agensi berita Iran, Islamic Republic News Agency (IRNA) melaporkan sekumpulan pendaki menjumpai satu mayat dipercayai rakyat Malaysia ketika mereka menuruni gunung itu pada ketinggian 4,300 meter pada Jumaat lepas.

Laporan itu turut menyebut penemuan mayat berkenaan dimaklumkan kepada Jabatan Bulan Sabit Merah di bandar raya Amol dekat Wilayah Utara Mazandaran yang menghantar pasukan mencari.

Pada November tahun lepas, Ramli yang merupakan ketua jurutera sistem di Ibu Pejabat Proton Holdings, Shah Alam, Selangor bersama seorang lagi pendaki KJA, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dilaporkan hilang selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.

Pada 28 November 2016, Syed Redzuan ditemukan meninggal dunia di kawasan Yakhar Glacier dan jenazahnya dibawa pulang ke Malaysia.

Dengan ketinggian lebih 5,600 meter, Gunung Damavand merupakan gunung tertinggi di Iran. - BERNAMA


Quote amyza 29-10-2017 09:40 PM
Baca balik baru teringat thread pendaki yg hilang tu. Al fatihah.
Quote lil_sparky 29-10-2017 09:41 PM
@teha86

Dh jumpa..
Quote HannahMontana 29-10-2017 09:44 PM
dia yg cari ajal jaid dha jumpalah dia dgn ajal.

kita yg baru jumpa dia dlm keadaan sudah mati.


akibat bertemu ajal tiada siapa akan ditemui dlm keadaan hidup.
Quote de_ikea 29-10-2017 10:09 PM
Alhamdulillah.  Berakhir penantian dan teka teki waris.  Moga jenazah dapat disempurnakan sebaiknya.
Quote slavehunter 29-10-2017 10:17 PM
Takziah la. Dia yang insist nak teruskan climb walaupun cuaca buruk.
Quote Vokuro 29-10-2017 10:49 PM
slavehunter replied at 29-10-2017 10:17 PM
Takziah la. Dia yang insist nak teruskan climb walaupun cuaca buruk.

iya... bagi kakak iya nya agak cash sebab enggan ikut aturan keselamatan.
Quote slavehunter 29-10-2017 10:50 PM
Vokuro replied at 29-10-2017 10:49 PM
iya... bagi kakak iya nya agak cash sebab enggan ikut aturan keselamatan.

Itu memang risiko besar tu. Berani mati dia ni.
Quote InVendeTTa 29-10-2017 10:53 PM
Inalillah...kental sgt tp malang nyawa x panjang.no funny matters when it comes to cold weather.
Quote GegarVaganja 30-10-2017 01:26 AM
Dah ajal. Innalillah je la
Quote chazey 30-10-2017 02:31 AM
Geng hiking @teha86 ni.

Semoga keluarga diberi ketenangan.
Quote prettyuglybabe 30-10-2017 10:22 AM
itu la orang tua-tua kata..
ikut hati, mati.. ini lah contohnya..
takziah je la..
Quote Kak-Leen 30-10-2017 10:33 AM
Alhamdulillah. Akhirnya jasad areah dijumpai.
Pakcik akak yg minta mereka berdua turun. Tp mmg dah ajal di Himalaya...
Quote sarahmirza 30-10-2017 10:44 AM
TAKziah...
Sekurang2nya dia mati dalam kepuasan.
Tekad nak teruskan mendaki biarpun di halang..
Quote SWORKS27 30-10-2017 10:44 AM
HannahMontana replied at 29-10-2017 01:44 PM
dia yg cari ajal jaid dha jumpalah dia dgn ajal.

kita yg baru jumpa dia dlm keadaan sudah mati.

hapa kau merapik ni jemah
Quote idakamaruddin 30-10-2017 10:46 AM
pernah dgr org ckp sllu org yang mati dia mati dgn cara apa yg dia minat

Quote mizkajura 30-10-2017 11:23 AM
Pada waris yg tinggl Semoga Bertabah....
Quote tembikai 30-10-2017 11:26 AM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Moga keluarganya tabah ...

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.052731 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top