CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

IKEA Beri Cuti Bersalin Bergaji Selama Sebulan Untuk Pekerja Lelaki

23-10-2017 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4368| Komen: 39


sumber : internet


Kebiasaannya kita hanya mendengar pekerja wanita sahaja diberi cuti rehat selepas bersalin, tetapi usaha yang dilakukan oleh syarikat perabot dari Sweden, IKEA ini patut diberi pujian dan dicontohi syarikat lain samada tempatan mahupun antarabangsa. 

Memetik laporan Astro Awani, baru-baru ini IKEA memperkenalkan cuti bersalin satu bulan bergaji kepada kakitangan lelaki syrikat berkenaan di seluruh Asia Tenggara.

Perkara ini diperkenalkan bagi membolehkan kaum bapa untuk terlibat secara langsung dalam penjagaan bayi termasuk menyediakan kelengkapan dan kasih sayang. 

Menurut Pengarah Sumber Manusia IKEA  Asia Tenggara, Lydia Song, pihaknya melihat langkah itu akan memberikan perubahan besar kepada kaum bapa dalam kalangan kakitangan IKEA serta pasangan mereka.


"IKEA sering menitikberatkan kehidupan di rumah bersama keluarga selain nilai-nilai Sweden termasuk kesamarataan di pejabat dan rumah."
  
"Malah kita percaya lelaki dan wanita wajar diberi peluang untuk sama-sama membesarkan anak mereka. Tahun ini, di seluruh outlet dan pejabat IKEA di Asia Tenggara kita memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji bagi membolehkan kakitangan lelaki menjaga bayi mereka dalam tempoh sebulan." 

Selain itu, kakitangan IKEA Malaysia, Muhammad Rizal Sunalim merupakan antara kakitangan pertama negara yang mendapat manfaat itu yang berkuat kuasa 1 Januari tahun ini.

"Inilah masa yang paling berharga untuk saya dan keluarga."

Selari dengan perkara itu, IKEA Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Sweden di Malaysia melancarkan peraduan foto bagi meraikan kaum bapa.- CARI
3

Bagus
3

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 23-10-2017 07:09 PM
Wow untung tu
Quote DeeHanania 23-10-2017 07:22 PM
Tahniah, beruntung
Quote moonbug 23-10-2017 07:29 PM
Wah bagusnya benefit kerja kat Ikea ni. Mcm nilah majikan prihatin
Quote jejaka00 23-10-2017 07:34 PM
terbaik
Quote MissMamamia75 23-10-2017 07:59 PM
Mmg byk benefit keja kat IKEA nih..tp akak xsanggup nak korbankan my weekend & cuti raya kalo keja tempat2 mcm ni..

Xper la..rezeki masing2 kan..setiap keja ada pro & connya..akak dtg window shopping je laa{:childlike
Quote ayra.e 23-10-2017 09:30 PM
Wah bgusnye
Quote Vokuro 23-10-2017 09:32 PM
Tahniah sis
Quote wunan88 23-10-2017 10:00 PM
terbaik..mana2 company yg beri kebaikan kepada pekerja memang bagus..walaupon aku x kerja dkt situ.
nice job ikea
Quote RatuDunia94 23-10-2017 11:09 PM
or why not buat 2 option.
Cuti sebulan tanpa gaji or bonus gaji sebulan tp xde cuti..
Quote cik_noreen 23-10-2017 11:30 PM
syabas ikeaaa

ot: xpaham nape org gilakn meatballs ikea. in terms of portion mmg gah but rasa dia xde sedap sgt
Quote merrissa 24-10-2017 06:57 AM
RatuDunia94 replied at 23-10-2017 11:09 PM
or why not buat 2 option.
Cuti sebulan tanpa gaji or bonus gaji sebulan tp xde cuti..
objective dia bukan duit...tapi untuk jaga anak..
Quote True-X 24-10-2017 07:13 AM
lelaki *melayu* bleh dipercayai ke?... ntah2 sebulan tuh dok melangut kedai mamak
Quote cocorex 24-10-2017 08:27 AM
Seb baik ikea yg buat law mcm tu..cuba kalo gomen yg implement cuti mcm tu kompom kena hencap dgn acik2 forum
Quote aTiKah_aYuNi 24-10-2017 08:57 AM
nice job ikea
Quote iloveyou 24-10-2017 09:01 AM
bagus nye ikea.
Quote fushimi 24-10-2017 09:06 AM
wow bagus bagus tak yah la lepas ni ambik pembantu masa dalam pantang
Quote -electrifying- 24-10-2017 10:00 AM
ala sbulan je, bkn ramai pon dlm 1 1 masa tu, tak impact sgt dkt management or production pon
Quote skinskin 24-10-2017 10:45 AM
Alhamdulillah.. iols sokong sbb member iols kene operate.. sian laki dia.. da la bini kene tahan wad sbb demam, darah banyak ilang pastu anak kene kuning lagik.. mane cukup 3 ke 7 hari.. nak pegi register jpn lagik..harap lebih bnyk majikan perihatin kebajikan pekerja
Quote takayama 24-10-2017 10:56 AM
tahniah buat IKEA

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.061956 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top