View: 3087|Reply: 39
|
IKEA Beri Cuti Bersalin Bergaji Selama Sebulan Untuk Pekerja Lelaki
[Copy link]
|
|
sumber : internet
Kebiasaannya kita hanya mendengar pekerja wanita sahaja diberi cuti rehat selepas bersalin, tetapi usaha yang dilakukan oleh syarikat perabot dari Sweden, IKEA ini patut diberi pujian dan dicontohi syarikat lain samada tempatan mahupun antarabangsa.
Memetik laporan Astro Awani, baru-baru ini IKEA memperkenalkan cuti bersalin satu bulan bergaji kepada kakitangan lelaki syrikat berkenaan di seluruh Asia Tenggara.
Perkara ini diperkenalkan bagi membolehkan kaum bapa untuk terlibat secara langsung dalam penjagaan bayi termasuk menyediakan kelengkapan dan kasih sayang.
Menurut Pengarah Sumber Manusia IKEA Asia Tenggara, Lydia Song, pihaknya melihat langkah itu akan memberikan perubahan besar kepada kaum bapa dalam kalangan kakitangan IKEA serta pasangan mereka.
"IKEA sering menitikberatkan kehidupan di rumah bersama keluarga selain nilai-nilai Sweden termasuk kesamarataan di pejabat dan rumah."
"Malah kita percaya lelaki dan wanita wajar diberi peluang untuk sama-sama membesarkan anak mereka. Tahun ini, di seluruh outlet dan pejabat IKEA di Asia Tenggara kita memperkenalkan cuti bersalin satu bulan gaji bagi membolehkan kakitangan lelaki menjaga bayi mereka dalam tempoh sebulan."
Selain itu, kakitangan IKEA Malaysia, Muhammad Rizal Sunalim merupakan antara kakitangan pertama negara yang mendapat manfaat itu yang berkuat kuasa 1 Januari tahun ini.
"Inilah masa yang paling berharga untuk saya dan keluarga."
Selari dengan perkara itu, IKEA Malaysia dengan kerjasama Kedutaan Sweden di Malaysia melancarkan peraduan foto bagi meraikan kaum bapa.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Wah bagusnya benefit kerja kat Ikea ni. Mcm nilah majikan prihatin |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg byk benefit keja kat IKEA nih..tp akak xsanggup nak korbankan my weekend & cuti raya kalo keja tempat2 mcm ni..
Xper la..rezeki masing2 kan..setiap keja ada pro & connya..akak dtg window shopping je laa{:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
terbaik..mana2 company yg beri kebaikan kepada pekerja memang bagus..walaupon aku x kerja dkt situ.
nice job ikea |
|
|
|
|
|
|
|
or why not buat 2 option.
Cuti sebulan tanpa gaji or bonus gaji sebulan tp xde cuti.. |
|
|
|
|
|
|
|
syabas ikeaaa
ot: xpaham nape org gilakn meatballs ikea. in terms of portion mmg gah but rasa dia xde sedap sgt |
|
|
|
|
|
|
|
objective dia bukan duit...tapi untuk jaga anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki *melayu* bleh dipercayai ke?... ntah2 sebulan tuh dok melangut kedai mamak |
|
|
|
|
|
|
|
Seb baik ikea yg buat law mcm tu..cuba kalo gomen yg implement cuti mcm tu kompom kena hencap dgn acik2 forum |
|
|
|
|
|
|
|
wow bagus bagus tak yah la lepas ni ambik pembantu masa dalam pantang |
|
|
|
|
|
|
|
ala sbulan je, bkn ramai pon dlm 1 1 masa tu, tak impact sgt dkt management or production pon |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. iols sokong sbb member iols kene operate.. sian laki dia.. da la bini kene tahan wad sbb demam, darah banyak ilang pastu anak kene kuning lagik.. mane cukup 3 ke 7 hari.. nak pegi register jpn lagik..harap lebih bnyk majikan perihatin kebajikan pekerja |
|
|
|
|
|
|
| |
|