Selepas bekerjasama dengan pasukan perubatan China dan penyelidik di Korea Selatan, pakar bedah saraf kontroversi Itali, Dr Sergio Canavero mendakwa rancangan merealisasikan hasratnya semakin hampir selepas kajian dilakukan ke atas monyet, tikus dan mayat manusia. Memetik laporan portal New Scientist, Dr Sergio Canavero mengumumkan seorang pesakit China akan menjadi manusia pertama menjalani pembedahan pemindahan kepala pada Disember 2017. Tambah Canavero, teknologi dan pasukan untuk melakukan pembedahan itu sudah bersedia, bermakna cuma dana dan kebenaran etika kekal sebagai penghalang prosedur yang berkemungkinan mencatat sejarah berkenaan. Beliau juga optimis menyatakan pesakit boleh berjalan semula dalam tempoh setahun selepas pembedahan itu dijalankan pada Disember 2017.
“Kami mencari tarikh sekitar Krismas 2017 untuk melakukan pembedahan itu di China. Pasukan China sudah pun melakukan uji kaji ke atas mayat manusia untuk menajamkan teknologi,” kata Dr Canavero. Ada yang menyatakan bahawa kemajuan teknologi ini bakal menyumbang kepada kebaikan manusia sejagat, namun sesetengah kumpulan menentang pembedahan ini menyatakan bahawa pembedahan ini adalah cubaan manusia melawan kuasa Tuhan. Apapun, kita cuma boleh tahu selepas pembedahan ini berjaya dilaksanakan.- CARI |
6
Bagus |
7
Marah |
17
Terkejut |
29
Sedih |
24
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
FOTHER-MUCKER replied at 23-10-2017 02:44 AM
patutlah atheist percaya tohan Tak wujud.
ADVERTISEMENT