CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebelas Beranak Pemalas, Hidup Dalam Timbunan Sampah Dan Longgokan Baju Kotor

19-10-2017 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18961| Komen: 392

Sebelas beranak dalam sebuah rumah, seorang pun tidak mahu tolong mengemas. Disebabkan itu, 70 sukarelawan terpaksa bergotong-royong bagi membersihkannya.

Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri Melaka membelanjakan lebih RM10,000 bagi aktiviti gotong-rotong di rumah yang terletak di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai, Melaka.

Menurut laporan Harian Metro, ini termasuk membersihkan rumah yang penuh dengan timbunan sampah serta pakaian kotor dan busuk kerana sudah lama tidak dibasuh.

Paling terjejas adalah bahagian dapur kerana pinggan dan periuk langsung tidak dibasuh selepas digunakan.

Foto: Harian Metro
Penghuni rumah termasuk seorang janda iaitu Siti Norenliriana Mohd Fakeri, 30, bersama lima anak berusia lima bulan hingga 11 tahun serta bapanya, Mohd Fakeri Othman, 57, dan adik-beradik lain.


“Saya tinggal di rumah ini sejak tiga tahun lalu selepas berpindah daripada rumah sewa di Limbongan. Meskipun jumlah penghuninya 11 orang, tapi sikap ambil mudah yang lain menyebabkan saya tak larat nak kemas rumah dan jadi begini (terlalu kotor),” katanya.

Foto: alamviral.com
Tambahnya, disebabkan dapur terlalu kotor, dia sudah tidak memasak lagi sebaliknya hanya membeli makanan di luar sahaja.

“Pada mulanya guru datang ke rumah untuk tanya khabar tiga anak yang sudah sebulan tidak ke sekolah atas alasan kerap dibuli rakan. Namun, selepas melihat keadaan rumah kami yang amat teruk, guru terbabit merujuk masalah ini kepada JKM,” ujarnya lagi,

Gotong-royong turut dibantu ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta UMNO cawangan Paya Lebar. -CARI
25

Bagus
22

Marah
25

Terkejut
26

Sedih
39

Lawak
40

Bosan

Friends Rank (177 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EJALTI 19-10-2017 03:03 PM
Dasar pemalas dan pengotor....
Quote beloomberk 19-10-2017 03:05 PM
astaga, ni mmg pemalas tahap kronik.cmna la boleh hdup dlm keadaan semak n busuk mcm tu
pampers bersepah, tong beras pon bergolek.

yang peliknya dh kenapa sport rim kete pon ad kat situ??
Quote vanillaninja 19-10-2017 03:06 PM
Oh my, how is this even possible? Diapers ke dalam bakul sampah biru tu? Pengotornya these people. Macam mana boleh tinggal tempat macam ni dengan baby 5 bulan lagi. Sah2 la uninhabitable.
Quote stania83 19-10-2017 03:08 PM
mmg penyakit kan org macam nii..omputih ada rancangan realiti orang  ocd dia hantar kemas rumah yg mcm ni..
Quote kenarikelabu 19-10-2017 03:08 PM
Nak berjimat kepala hunggak kau kalau asik beli makanan kat luar je.
Quote Madel 19-10-2017 03:08 PM
Baru bercerai ke apa..baby baru 5 bulan..
Eiii mcm mana la depa ni hidup..pampers pun tak buang? Tak berulat kah?..
Quote Cigusu 19-10-2017 03:09 PM
Pengotor nak mampus
Quote sitisitu25 19-10-2017 03:09 PM
kebersihan spruh drpd iman..separuh ya bkn suku..xda iman ke ini semua? ke non islam?
Quote chazey 19-10-2017 03:10 PM
Washing machine pun sampai jadi tukun ke dek?
Quote harrypoter 19-10-2017 03:12 PM
giler ar.. beranak pandai pula
Quote sarahmirza 19-10-2017 03:12 PM
Pemalas gila nak mampus.

I pernah melawat rumah seorang kawan, bermalam pulak tu.
Masuk bilik air pun kaki berjingkit geli oiii..
Nak minum air, makan pun tak lalu..
Nasib baik la malam dan esok pagi tu kita orang makan luar.
Malam nak tidur tu, I siap kebas cadar, alas lagi dengan kain sendiri sebelum baring. Dah takde selimut..

Tak sangka, rupa cantik jumpa kat luar bergaya tapi rumah dah serupa reban ayam.

Yuckk...
Quote batu kikir 19-10-2017 03:15 PM
Pemalas, pengotor, hansap.
Janganlah keturunan ni jadi menantu aku.

P/s . No sympathy for this family.
Quote krustykrab 19-10-2017 03:15 PM
ewwww.....geli nya...

mcm mana la ramai2 duduk dlm rumah mcm ni....tak rasa terganggu ke
ni 1 family jenis pemalas....

mohon diorg gi inspect lepas sebulan, aku rasa rumah akan jadi mcm ni balik dlm masa seminggu
Quote JunkMail 19-10-2017 03:16 PM
Untuk lebih memudahkan eloklah sekeluarga dibiarkan tinggal di tapak pelupusan sampah. Memang sesuai dgn cara hidup diorang. Tak perlu lepas ni nak gotong royong kemas2 lagi. Tak gitu?
Quote harrypoter 19-10-2017 03:16 PM
sarahmirza replied at 19-10-2017 03:12 PM
Pemalas gila nak mampus.

I pernah melawat rumah seorang kawan, bermalam pulak tu.

haha, tegelak aku baca

Quote harrypoter 19-10-2017 03:17 PM
beloomberk replied at 19-10-2017 03:05 PM
astaga, ni mmg pemalas tahap kronik.cmna la boleh hdup dlm keadaan semak n busuk mcm tu
pampers ber ...

rim moto tu
Quote paz 19-10-2017 03:18 PM
Teruk sangat dah ni.
Quote harrypoter 19-10-2017 03:19 PM
gambar selepas kemas takde ke
Quote lasagnaklcc 19-10-2017 03:19 PM
Buat anak - niat nak kerja - anak kecik lagi - duduk rumah. Dapur kotor - tak payah masak - tapau - mkn sekali sehari.

Kerja pon tak, mengemas pon tak. Ckp jela pemalas.

Lihat semua komen(392)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.078106 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top