Tidak boleh tidak, Adam Fahmi Shamsudin pilih 'buka mulut' bagi menjawab dakwaan dilemparkan terhadapnya baru-baru ini.
Memetik Utusan Online, Adam menegaskan tiada istilah menceroboh atau pecah masuk rumah seperti didakwa isterinya, Ezlynn kerana rumah itu adalah milik bersama. Adam juga sudah memaklumkan pihak polis perkara sebenar. “Saya sudah jelaskan kepada pihak polis dan mereka memberitahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Itu rumah hak milik bersama dan salahkah jika saya mahu pulang ke rumah saya sendiri?
“Rumah tersebut masih rumah saya dan dia juga masih isteri saya. Kes perceraian kami masih dalam perbicaraan dan sekarang dia mahu tuduh saya macam-macam? Kalau salah, saya sudah berada dalam penjara sekarang. “Saya tidak menyentuh barang-barang peribadi kepunyaannya dan hanya mengambil barang-barang saya sendiri yang sudah diletakkan di dalam kotak olehnya,” jelasnya. Dalam masa sama, Adam menafikan dakwaan Ezlynn yang mengatakan dialah dalang yang menutup ‘periuk nasinya’ sehingga tidak menerima sebarang tawaran persembahan. “Itu semua hanya satu dakwaan yang tidak berasas. Dia yang tidak mengaku saya sebagai pengurusnya. Saya sudah mencuba untuk mendapatkan tawaran persembahan untuk dia. “Saya ada cuba menghubunginya tetapi dia enggan untuk berbincang. Tahu-tahu cerita sudah sampai ke pihak media. Saya hanya berdiam diri setelah mendapatkan nasihat peguam. “Saya hanya akan beritahu kebenaran di dalam mahkamah. Itu yang paling penting dan adil,” tegasnya. Hm, kuat berdrama juga pasangan ini ya? Apapun, semoga semuanya dapat diselesaikan baik-baik tanpa memperbesarkannya lagi. - CARI
|
12
Bagus |
17
Marah |
11
Terkejut |
22
Sedih |
8
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
novlin replied at 19-10-2017 11:06 AM
iols heran...pesal la melayu ni kalo cerai je terus nak bermusuhan..
zulka replied at 19-10-2017 11:25 AM
kan...masa tgh baik semuanya manis....bila dah gaduh, tak suka........'tengok selipar diapun menya ...
zulka replied at 19-10-2017 11:25 AM
kan...masa tgh baik semuanya manis....bila dah gaduh, tak suka........'tengok selipar diapun menya ...
novlin replied at 19-10-2017 11:28 AM
sejenis species yg tak bertamadun.
kawin sbb nafsu camni la jadinya..
kalo kawin sbb chenta, tak ...
ADVERTISEMENT