CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ini Bersyukur Diberi Nama 'Alhamdulillah' Oleh Ibu Bapanya

17-10-2017 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4255| Komen: 22


sumber : Sinar Harian


Sedia kita maklum kebanyakan ibu bapa beragama Islam gemar menamakan bayi masing-masing dengan nama yang berkaitan dengan nabi supaya anak itu dapat direstui dengan panggilan nama itu. 

Namun memetik laporan Sinar Harian, terdapat seorang lelaki berusia 43 tahun memiliki nama yang dikatakan cetusan idea daripada insiden yang dialami ibunya yang kini sudah berusia 72 tahun. 

Menurut lelaki yang berasal dari Kuantan itu, ibunya yang ketika itu mengandung tujuh bulan, dibawa arwah bapa, Wan Abdul Rahman Wan Mohd Nor berjumpa ustaz untuk memeriksa kandungan selepas terjatuh ketika turun dari bas.

Selepas pemeriksaan dibuat, ustaz memaklumkan kandungan tidak bermasalah dan perlu bersyukur kerana tiada apa-apa kecederaan yang menjejaskan kandungan.


“Ustaz beritahu ayah saya supaya menamakan bayi yang bakal dilahirkan dengan nama yang baik."

“Jadi, arwah ayah minta ustaz berikan nama dan dia memilih Alhamdulillah,” demikian cerita Wan Alhamdulillah Wan Abdul Rahman. 

Anak ketujuh dari sebelas adik-beradik itu berkata, dia tidak pernah berasa malu dengan nama yang diberi, malah bersyukur mempunyai nama yang bermakna baik dan unik.

Bagaimanapun, Wan Alhamdulillah tidak menafikan ada yang suka bergurau apabila mengetahui namanya.

Wan Alhamdulillah yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang berkata, dalam kalangan adik-beradiknya, hanya dia yang mempunyai nama yang begitu unik disebabkan insiden yang menimpa ibunya.- CARI
6

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
6

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 17-10-2017 12:05 PM
Mcm muka jep
Quote ice_sky92 17-10-2017 12:07 PM
Jatuh turun dari bas pastu jumpa ustaz tak pergi hospital???


Quote krustykrab 17-10-2017 12:20 PM

jep versi tua
Quote adel7 17-10-2017 12:36 PM
ice_sky92 replied at 17-10-2017 12:07 PM
Jatuh turun dari bas pastu jumpa ustaz tak pergi hospital???

husnuzon je. org zaman dulu. hospital jauh dan tak byk macam skrg

Quote ice_sky92 17-10-2017 12:46 PM
adel7 replied at 17-10-2017 12:36 PM
husnuzon je. org zaman dulu. hospital jauh dan tak byk macam skrg

Ok2 noted. Zaman skg senang je access kan....
Quote -electrifying- 17-10-2017 01:01 PM
alhamdulillah hehehe
Quote haryatie 17-10-2017 01:16 PM
Alhamdulillah...sedap nama..
Quote puteribaya 17-10-2017 01:16 PM
sib baik polis yg tulis nama masa lahir tu pandai menulis, kalu kena yg x fasih bahasa melayu..camno..teringat ada satu nama ..SIDEK ROTI MUNTAHA..polis bukan melayu tulis nama..bapak bayi pulak x tau menulis..padahal dia nak bubuh nama anak dia Sidratul Muntaha..
Quote nisako 17-10-2017 01:16 PM
alhamdulilllah.....................
Quote DARSITA 17-10-2017 01:21 PM

Nice name - unik.
Quote PyoNaRi 17-10-2017 01:26 PM
Setiap kali org panggil nama dia, semua menyatakan syukur.bagus nama mcmni.benefit utk kedua2 pihak,yg memanggil dan yg empunya nama
Quote Pink_Purple 17-10-2017 01:50 PM
syukur alhamdulillah
Quote debab76 17-10-2017 01:50 PM
alhamdulillah kenyang
Quote nariz 17-10-2017 01:51 PM
Hihi alhamdulillah syukurr
Quote missunguviolet 17-10-2017 02:53 PM
haah mcm muka jep..hihi..bgus ye nama nya..pakcik alhamdulillah..
Quote chinta89 17-10-2017 04:13 PM
nape jumpa ucetat, tak jumpa doc?
Quote arasham 17-10-2017 04:19 PM
Panggi apa? Wan je.. Haha.. Alhamdulillah..
Quote RatuDunia94 17-10-2017 09:36 PM
Cemana kalo ustaz tusuruh bubuh nama Innalillah?
Quote sharlenetexas 17-10-2017 10:35 PM
Umur 43 maknanya lahir tahun 1974. Imagine lah kemudahan kesihatan tahun 70an dulu.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.095570 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top