Sedia kita maklum China kini merupakan satu-satu negara di dunia ini yang giat melaksanakan sistem pembayaran tanpa tunai secara menyeluruh.
Dalam erti kata lain, seseorang itu ketika mengunjungi di China boleh tanpa membawa wang dan yang penting membawa telefon bimbit kerana semua pembelian dapat dijalankan secara e-dagang. Memetik laporan mStar, terdapat seorang penjual sayur Judy Fang di Sibu selepas menghadiri ceramah e-dagang oleh sebuah syarikat pada 17 September lalu, dia mula berniaga menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai (cashless) di gerainya. "Saya rasa senang menggunakan platform ini dalam perniagaan. Saya tak perlu sediakan duit baki untuk pelanggan."
"Lagipun sekarang semua orang ada telefon pintar, jadi ia juga cara pintar untuk berniaga," kata Fang. Tambahnya lagi, sistem ini juga amat mudah kerana mereka yang terlupa membawa beg duit masih lagi membuat pembelian. Fang yang berusia 55 tahun, kini memaparkan kod T-pocket yang bercetak pada kertas di gerainya. "Untuk membuat pembayaran, mereka hanya perlu mengimbas kod itu menggunakan telefon mereka dan membuat pembayaran ke akaun T-pocket saya," ujarnya. Walaupun kebanyakan pelanggannya masih lagi membeli secara tunai, Fang optimis masyarakat akan menerima sistem ini di masa hadapan jika kerajaan memberi penekanan terhadap e-dagang. "Pembayaran eletronik masih baru tetapi saya yakin ia akan menjadi trend suatu hari nanti," tambahnya lagi. Sebagai pelopor, Fang turut berharap perniagaannya akan maju dan memberi inspirasi kepada penjaja lain untuk melakukan perkara yang sama.- CARI
|
25
Bagus |
24
Marah |
16
Terkejut |
4
Sedih |
16
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
armin replied at 17-10-2017 02:11 AM
T pocket tu system apa? App ke? Mcm paypal gitu? Bagus sbnrnya cashless tak risau duit sale byk2 ken ...
ADVERTISEMENT