Impian pasukan bola sepak Mesir untuk beraksi di Piala Dunia FIFA 2018 akhirnya menjadi kenyataan selepas berjaya menewaskan Congo dengan jaringan 2-1. Agensi berita China Xinhua melaporkan, kejayaan yang dinanti-nantikan hampir dua dekad itu direalisasikan dalam perlawanan yang berlangsung di sebuah stadium tentera di bandar Pelabuhan Iskandariah pada Ahad lalu. Penyerang sensasi Mesir Mohamed Salah yang kini bermain dengan kelab ternama Liverpool ternyata tidak menghampakan penyokong Mesir, apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-63 dan 93. Mesir muncul negara dari benua Afrika kedua selepas Nigeria yang menempah tiket ke kejohanan berprestij itu yang akan diadakan di Rusia.
Susulan kejayaan itu, Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sisi meluluskan ganjaran sebanyak 1.5 juta pound Mesir (kira-kira US$85,000) untuk setiap pemain sebagai tanda penghargaan. Kali pertama Mesir beraksi di kejohanan Piala Dunia pada 1934, diikuti pada 1990 yang berlangsung di Itali.- CARI |
6
Bagus |
5
Marah |
10
Terkejut |
3
Sedih |
14
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mr_cool5885 replied at 9-10-2017 11:27 PM
Mesir pakai pound ka?
RatuDunia94 replied at 9-10-2017 08:41 PM
Negara bergolak pon masih mampu ke WC... Negara so called aman???
MissNigga replied at 9-10-2017 08:58 PM
negara yang bergolak pun .. mampo nak qualify ke world cup final ..
tim malaysia ni biler ler nak ...
MissNigga replied at 9-10-2017 08:58 PM
negara yang bergolak pun .. mampo nak qualify ke world cup final ..
tim malaysia ni biler ler nak ...
ADVERTISEMENT