CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mac Terlalu Istimewa Buat Kami" - Elfira, Sufian Selamat Bertunang

7-10-2017 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31717| Komen: 220|Original author: Oleh: Maly Rosli

Hampir lapan bulan bercinta, akhirnya pasangan selebriti Elfira Loy, 23, dan Sufian Suhaimi, 25, melangkah ke fasa pertunangan pada kira-kira jam 4 petang semalam.


Foto: IG Elfira & Sufian

Memetik BH Online, majlis pertunangan itu dilangsungkan di kediaman keluarga Elfira di Alam Damai, Cheras, dan dihadiri sekitar 100 tetamu.

Majlis itu menyaksikan Sufian menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada Elfira sebagai simbolik ikatan pertunangan.


Foto: Astro Gempak

Keluarga kedua-dua belah pihak sebulat suara memilih Mac tahun hadapan untuk pasangan itu disatukan sebagai suami isteri.

"Bulan Mac boleh dikatakan terlalu istimewa buat saya dan Sufian. Malah, pada Mac depan juga genap setahun usia perkenalan kami. Alhamdulillah, semoga perancangan kami menuju ke gerbang perkahwinan dipermudahkan.

"Pada 8 Mac lalu, ketika saya genap berusia 23 tahun, dia tunggu di depan rumah tepat jam 12 tengah malam bersama jambangan 23 kuntum bunga mawar.

"Saat itu juga dia menyatakan kesungguhannya untuk serius dengan saya. Kiranya, itulah detik rasmi kami menjalinkan hubungan dengan lebih rapat. Lebih penting, dia tidak pernah membelakangkan ibu bapa dalam perhubungan ini,” kata Elfira.


Foto: IG Elfira & Sufian

Sementara itu, di pihak lelaki pula, Sufian bahagia dengan kehadiran Elfira yang melengkapkan lagi kehidupannya.

"Alhamdulillah, akhirnya hubungan kami bagai menuju ke arah penamat yang pasti. Lebih penting, keluarga juga merestui apa yang kami rencanakan. Di sebalik pelbagai ujian kecil yang pernah melanda hubungan ini, semuanya bagai memberi hikmah untuk terus memperkuatkan lagi ikatan antara kami.

"Saya bersyukur dipertemukan dengan insan sepertinya. Dia menjadi individu yang sering mencabar saya melakukan sesuatu yang dirasakan bagai mustahil. Pendek kata, dia sering memberi sokongan dan galakan untuk saya menjadi insan lebih baik.

"Kami juga tidak melihat tindakan berkahwin pada usia masih muda sebagai isu besar atau sesuatu yang jarang berlaku. Apa yang lebih penting, kami sama-sama memikul tanggungjawab selepas berkahwin nanti," kata Sufian.

Kalau bertunang pun dah bertukar-tukar persalinannya, bagaimana pula di hari persandingan mereka nanti? Lebih hebat dan meriah itu, sudah pasti! - CARI
13

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 6-10-2017 06:07 PM
Overnya lah haiiiii.. tunang je kot.., ni lah kot tunang dak2 BBNU
Quote kechikchomel 6-10-2017 06:08 PM
tunang pun cam kawin dah..
siap tukar2 baju bagai.

pape pun tahniah la adik2
Quote Loginlogoff 6-10-2017 06:13 PM
Edited by Loginlogoff at 6-10-2017 06:22 PM

Bru aku nk cri tnye psl elpian neh.ko dh buka benang.

Xsantekkk cm keling sikit kaler baju jawooo tu ..hahahah.ni bru tunang kalau kawenn fuhhhhhh 9persalinan kot.
Btw congratesss elpian moga smpai pelaminan.
Quote ALDRIN 6-10-2017 06:14 PM
Cantik pelamin..n baju konsep batik jawa tu...
Quote kakasotong 6-10-2017 06:15 PM
Iols xpenah tgk org bertunang se-over el-pian ni. Sori uolsss but rasenye too much sgt

2 persalinan baju, el siap berinai. Paling kelakor ti siap pasang lagu thousand years lg masa majlis ni

Baju tu xyah cakap la. Hahahaha adoiii meols byk benda nk komplen psl majlis diorg ni

#donemembawangkandiri

Quote Aduradura 6-10-2017 06:16 PM
kakasotong replied at 6-10-2017 06:15 PM
Iols xpenah tgk org bertunang se-over el-pian ni. Sori uolsss but rasenye too much sgt

2  ...

Katong , theyolls upacara merisik pun org dah salah anggap ingat bertunang...apentah lagi betul2 bertunang kekeke
Quote samasam90 6-10-2017 06:18 PM
edisi pertunangan BBNUs yg ada duit sendiri dari usaha sendiri, bukan duit mak bapak.

adohaiiii meolls terasa kertuuuu. banyak sangat tak kena..
Quote Mary_jane 6-10-2017 06:22 PM
Tahniah. Selamat datang ke era sendu mendu.
Quote kakasotong 6-10-2017 06:22 PM
Aduradura replied at 6-10-2017 06:16 PM
Katong , theyolls upacara merisik pun org dah salah anggap ingat bertunang...apentah lagi betul2 b ...

Masa merisik tu takde la nmpk over pn uols, biasa2 je nmpk. Tp org je anggap tu mcm bertunang
Quote sukacactus 6-10-2017 06:23 PM
Bertunang pun dah camni sanding tukar2 baju bagai, esok2 kahwin 44 hari kot majlisnya
Quote kakasotong 6-10-2017 06:23 PM
Nikah 5 bulan lg. Mac tahun depan.

Screenshot_2017-10-06-18-20-32.png
Quote Madel 6-10-2017 06:26 PM
Amboii over nya sampai 3 persalinan siap dgn berinai bagai..
Ini kalau tak kekal till jannah tak tau le
Quote atikah2013 6-10-2017 06:27 PM
Kalau 1 baju je kenapa.

Both baju el so crowded
Quote Buritan 6-10-2017 06:27 PM
Kawin terus je laa.. duit dah ade.. buat pe tunang tunang
Quote Loginlogoff 6-10-2017 06:29 PM
Edited by Loginlogoff at 6-10-2017 06:32 PM

Siap ade bridesmaid lagi haaaa
image.png
Quote apedehal 6-10-2017 06:30 PM
kakasotong replied at 6-10-2017 06:23 PM
Nikah 5 bulan lg. Mac tahun depan.

gambor ni kalau iols malas baca content iols igt da selamat jd laki bini dah.. apa2 la bbnus
Quote adm7 6-10-2017 06:30 PM
Mungkin org taja..tp lantak ke dia la duit dia..korang cemburu ke?
Quote beautifulliar 6-10-2017 06:31 PM
Tunang ke nikah ni...untunggg lah byk duit
Quote Aduradura 6-10-2017 06:31 PM
kakasotong replied at 6-10-2017 06:22 PM
Masa merisik tu takde la nmpk over pn uols, biasa2 je nmpk. Tp org je anggap tu mcm bertunang :lol ...

Hahaha iolls no problem pun kalau theyolls nk buat tunang besar besaran , duit theyolls lagipun...asalkan bukan guna duit iolls kekeke

Lihat semua komen(220)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.071086 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top