Seorang lelaki ditahan selepas polis menemui heroin bernilai RM430,000 disembunyikan dalam satu sangkar burung di kediamannya di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang, pada Khamis.
Memetik Bernama, lelaki berusia 56 tahun itu bagaimanapun menafikan dadah itu miliknya. Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan, serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas selepas menerima maklumat serta risikan. "Pemeriksaan di bahagian belakang rumah suspek, yang terletak berhampiran dengan Sungai Golok, menemukan sejumlah 215 botol lutsinar berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin yang disembunyikan dalam sangkar burung," katanya.
Polis akan menjalankan siasatan lanjut termasuk bagaimana dadah itu boleh berada di kawasan rumah suspek memandangkan siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod berkaitan dadah. Difahamkan, dadah itu untuk bekalan di Kelantan, Terengganu dan Pahang, malah jumlahnya boleh memenuhi bekalan untuk 75 ribu penagih. Tambah Hasanuddin, pihaknya sedang mengesan sepasang suami isteri berusia 38 dan 33 tahun bagi membantu siasatan berikutan penemuan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM45,000 di sebuah kediaman di Kampung Bagus, Rantau Panjang pada 20 September lalu. - CARI
|
7
![]() Bagus |
7
![]() Marah |
9
![]() Terkejut |
4
![]() Sedih |
6
![]() Lawak |
12
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
white_musk replied at 2-10-2017 10:00 AM
Dari serambi lagi?
ADVERTISEMENT