Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diperintah membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memfitnahnya dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada 19 Februari, 2008. Memetik laporan Malaysian Insight, kata-kata fitnah itu terkandung dalam klip video bertajuk "Anwar and kin no threat" dan disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com. Namun, dalam pembelaannya, Khairy berkata Malaysiakini.com tidak melaporkan kenyataannya dengan tepat tetapi menteri belia dan sukan itu tidak membuat sebarang pembetulan kerana sibuk. Akan tetapi, Hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu selepas membenarkan saman fitnah yang difailkan ketua umum PKR itu dan menolak permohonan Khairy untuk meminda pernyataan pembelaannya.
Selain itu, Ketua Pemuda Umno itu juga diperintah membayar kos kepada Anwar sebanyak RM60,000. Ketika membuat keputusan itu, Azizul berkata, ucapan fitnah diucapkan itu adalah serius dan membabitkan seorang ahli politik yang dikenali ramai. "Kenyataan itu juga dibuat pada majlis umum dan diterbit serta tersebar kepada orang ramai," katanya. Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak bagi pihak Khairy bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan memfailkan notis rayuan berhubung keputusan itu Isnin depan. Peguam J Leela, bertindak bagi pihak Anwar.Perbicaraan kes saman fitnah itu selesai selepas 12 saksi memberi keterangan bermula pada 19 September 2016. Bagaimanapun, Khairy selepas itu menfailkan permohonan untuk meminda pernyataan pembelaannya.- CARI
|
15
Bagus |
6
Marah |
12
Terkejut |
7
Sedih |
19
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Orix: So adakah heols akan bayar guna duit heols sendiri atau .................. well u know
ADVERTISEMENT