"Ini betul-betul satu kejutan buat saya dalam acara malam ini, Alhamdulillah." Demikian luahan selebriti terkenal, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berhubung kejayaannya menerima dua anugerah dalam World Top Gourmet Awards 2017 yang berlangsung di Berjaya Timesquare Hotel, Kuala Lumpur, malam kelmarin. Memetik laporan mStar, dalam acara tersebut, Chef Wan menerima anugerah Food Ambassador dan 2017 Master Chef of the Year. Chef Wan yang kini berusia 51 tahun turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan sesiapa sahaja mendoakan karier dan kehidupannya. Dalam pada itu, laman Instagram Chef Wan turut dibanjiri komen netizen yang tidak putus-putus memberi ucapan tahniah kepadanya.
"Tahniah, memang layak dan sewajarnya anugerah sebegini diberikan kepada Chef Wan," tulis salah seorang pengikutnya di Instagram. "Alhamdulillah. Congrats Chef, teruskan melakar kejayaan di persada dunia. Kami bangga," tulis seorang lagi pengkutnya. Chef Wan memiliki ijazah dalam Latihan Profesional Chef dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat. Di peringkat antarabangsa, beliau telah dinobatkan sebagai 'Selebriti Chef Terbaik Dunia' di 'World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009' selain menerima gelaran 'Friends of Thailand Award' pada 2010 daripada kerajaan Thailand.- CARI |
11
Bagus |
18
Marah |
11
Terkejut |
17
Sedih |
8
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
raradhia: sedap ka masakan chef wan ni yaa? kepingin plak nak merasa. .hihihi
raradhia replied at 27-9-2017 06:40 PM
sedap ka masakan chef wan ni yaa? kepingin plak nak merasa. .hihihi
ADVERTISEMENT