CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulai Jun Tahun Depan, Wanita Di Arab Saudi Dibenarkan Bawa Kereta

27-9-2017 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2417| Komen: 11|Original author: pendeta


sumber : internet


Bermula bulan Jun tahun depan, wanita di Arab Saudi akan dibenarkan memandu kereta.

Memetik laporan agensi berita Arab Saudi, sebelum ini negara berkenaan merupakan satu-satu negara yang melarang golongan wanita memandu kereta atas alasan agama. 

Namun setelah larangan tersebut dihapuskan bermula bulan Jun tahun depan, ini bermakna dalam dunia ini tiada lagi negara yang melarang wanita membawa kereta.


Stesen televisyen tempatan melaporkan, Raja Salman telah meluluskan akta yang membolehkan wanita di dalam negara Arab Saudi mempunyai hak untuk memiliki lesen memandu dan arahan tersebut dilaporkan berkuatkuasa bulan Jun tahun 2018. 

Demi memperbaiki rekod hak asasi manusia di mata dunia, kerajaan Arab Saudi dikatakan sanggup mengambil risiko yang mungkin akan menimbulkan kemarahan golongan yang konservatif dengan hal keagamaan. 

Walau bagaimanapun, keputusan itu disambut baik oleh duta Arab Saudi ke Washington, Khaled bin Salman, yang menyifatkannya “hari besar dan bersejarah bagi negara kami”.- CARI
6

Bagus
11

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote finesse 27-9-2017 03:17 PM
@OrenTheReturn

Boleh la sis memandu di Saudi nnt.
Quote krustykrab 27-9-2017 03:18 PM
tahniah wanita wanita saudi....lps ni boleh la menyopping sakan kat mall mcm wanita2 di sini..
Quote OrenTheReturn 27-9-2017 03:22 PM
finesse replied at 27-9-2017 03:17 PM
@OrenTheReturn

Boleh la sis memandu di Saudi nnt.

Rasanya neverrrr sis neverrrr menetappo kat sana jejakkk kakiii pun takde hatiiiiii klu tgk perangaiii ummahh erebb kat siniii. Tp sadissss kan jd pompuan kat sana....oh lupa isle mengangkattttt derjattt wanita katanaya
Quote kecimpret 27-9-2017 03:43 PM
makin lama makin terbuka & liberal org Arab



kat sini lak terbalik...makin lama makin tertutup pemikirannya dgn dobi halal bagai

Quote zaziot 27-9-2017 03:49 PM
drg dh mula galakkan wanita dan org2 tanahair sndiri bekerja n berdikari..sbb dh mula halau smua pekerja foreigener
elaun2 rakyat pun dh mula stop
Quote TuntungReturn 27-9-2017 08:50 PM
RIYADH/WASHINGTON: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz semalam mengarahkan supaya wanita dibenarkan untuk memandu, menamatkan tradisi konservatif yang dilihat aktivis hak asasi sebagai lambang penindasan pentadbiran diraja ke atas wanita.

Arab Saudi dikritik secara meluas kerana menjadi satu-satunya negara di dunia yang melarang wanita daripada memandu, walaupun pembaikan berperingkat ke atas sesetengah isu wanita sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kerajaan bercita-cita tinggi menyasar menaikkan peranan awam mereka terutama dalam tenaga kerja.

Walaupun cuba memupuk imej lebih moden sejak beberapa tahun lalu, larangan memandu menjadi noda sekian lama terhadap imej antarabangsa Arab Saudi.

Menurut agensi berita SPA, perintah diraja itu mengarahkan pembentukan sebuah kementerian untuk memberi nasihat dalam tempoh 30 hari dan kemudian melaksanakan arahan itu menjelang 30 Jun 2018.

Ia menyatakan, tindakan itu perlu 'terpakai dan mematuhi standard Syariah', merujuk kepada undang-undang Islam. Ia bagaimanapun tidak memberi butiran namun berkata, majoriti anggota Majlis Alim Ulama Kanan, badan agama tertinggi Arab Saudi, memberi kelulusan.

Sejam selepas pengumuman rasmi Arab Saudi itu, Dutanya ke Washington, Putera Khaled Salman berkata, ia adalah satu hari bersejarah dan besar di pentadbiran diraja itu.

"Saya fikir kepimpinan kami memahami bahawa masyarakat sudah bersedia. Saya fikir ia adalah keputusan yang betul pada masa tepat," katanya.

Reaksi positif segera diterima dari dalam negara dan seluruh dunia dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengalu-alukan tindakan itu sebagai 'langkah besar ke arah yang betul.'

Selama lebih 25 tahun, aktivis wanita berkempen supaya dibenarkan memandu, membuat bantahan jalanan, mengadakan petisyen dan menghantar video diri mereka memandu di media sosial. Bantahan itu menjurus tangkapan dan gangguan. - Reuters

Quote felinecat 27-9-2017 09:02 PM
perempuan bawa keta pon dikira liberal ke, xtahu pula sisturrr, itu kan keperluan
Quote ShiningStars 27-9-2017 09:28 PM
Tahniah
Quote cheergirlz 27-9-2017 09:31 PM
lama jg diaorg perjuangkan untuk dapatkan kebenaran untuk memandu...
Quote merrissa 28-9-2017 04:12 AM
habehhh laaaa...kadar kemalangan akan meningkat...harga minyak akan naik.....harga susu unta pon akan naik.....apa aku merepek ni.....tapi pak ereb ni lagi merepek....dah nak masuk zaman kete terbang dah.....baru terpikiaq nak bagi perempuah drive...cehhhh
Quote Rainsack 28-9-2017 06:12 AM
{:hooray. Alhamdullilah....

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.073312 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top