CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Arab Ini Sembunyikan 14 Botol Arak Keliling Alat Sulit

28-1-2016 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5949| Komen: 7

Description: Walaupun orang Arab tidak kesemuanya beragama Islam dan hanya 40% sahaja dikatakan Islam, Arab Saudi tetap mengharamkan
Oleh Izzah Abbasy

Seringkali berita mengenai orang Arab cuba seludup minuman keras atau arak dengan menyembunyikan dalam jubah.

Terbaru, pihak berkuasa kastam Saudi kelmarin menahan seorang lelaki tempatan bersama beberapa botol arak yang disembunyikannya di dalam seluarnya.



LELAKI berkenaan mengikat botol arak pada tubuhnya



Lelaki itu yang identitinya tidak didedahkan ditahan ketika cuba memasuki semula Arab Saudi di tambak Raja Fahd yang menghubungkan negara itu dengan Bahrain.


Menurut laporan akhbar Sabq, kastam menemui 14 botol arak yang diikat pada tubuhnya di dalam seluar.

Dalam kejadian lain, kastam Saudi merampas merampas hampir 70,000 botol arak yang disembunyikan di dalam kotak sabun.

Rampasan itu dibuat selepas van yang mendakwa membawa sabun diperiksa ketika cuba memasuki negara itu menerusi pintu sempadan Al-Badaha dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sabq melaporkan,  3,600 botol besar berisi arak dirampas di samping 64,800 botol kecil dan tin bir.

Walaupun orang Arab tidak kesemuanya beragama Islam dan hanya 40% sahaja dikatakan Islam, Arab Saudi tetap mengharamkan sama sekali arak dan mereka yang didapati bersalah menyeludupnya boleh dikenakan hukuman penjara yang lama. - CARI Infonet


Sumber : HMetro

9

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 28-1-2016 03:14 PM
maknanya...bila hudud dilaksanakan nanti...keadaan takkan banyak berubah
jenayah tetap berlaku
Quote kecimpret 28-1-2016 03:16 PM
AbukRokok replied at 28-1-2016 03:14 PM
maknanya...bila hudud dilaksanakan nanti...keadaan takkan banyak berubah
jenayah tetap berlaku

yg penting dah nasihattttt..kalo x mau hudud nak wat camana..redho je la
Quote AbukRokok 28-1-2016 03:18 PM
kecimpret replied at 28-1-2016 03:16 PM
yg penting dah nasihattttt..kalo x mau hudud nak wat camana..redho je la

ingatkan dah boleh feeling2 utopia

Quote slax 28-1-2016 03:59 PM
AbukRokok replied at 28-1-2016 03:14 PM
maknanya...bila hudud dilaksanakan nanti...keadaan takkan banyak berubah
jenayah tetap berlaku

adaka hudud untuk penyeludup arak.. mana ada.. apa daa
Quote famri7 28-1-2016 04:06 PM
eh...tapikan ereb suchi syumul keturunan anbiyaaaaa..xkan diorang seludup arak kot sis..agak2 la kalau nk fitnah islam sis..dasar yahooodi laknatullah semoga tuhan selamatkan masyarakat Arab ummah junjungan..insyallah sis
Quote MeghanK 28-1-2016 04:06 PM
nak jual la tu..yang simpan kat badan utk diri sendiri
Quote itik_kuning 28-1-2016 04:12 PM
gara2 johnny walker

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.095746 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top