Assalamualaikum, Salah satu nikmat hidup apabila melihat insan yang serba kekurangan tersenyum bahagia atas pertolongan kecil yang diberikan. Jadi jom kita perbanyakkan bersedekah.
Segmen seterusnya ini saya ingin berbicara tentang sedekah. Kebaikan yang amat dituntut dalam Islam dan juga agama lain kerana kesenangan yang kita kecapi biarpun dengan usaha keringat yang tidak pernah mengenal putus asa, sebahagiannya adalah hak orang lain. Inilah hakikat yang kita perlu akui. Dan disebabkan itu juga, sekiranya kita sedari, akui dan seterusnya menyampaikan hak tersebut kepada yang berhak, maka telah dijanjikan dengan balasan yang besar sekiranya kebaikan tersebut ikhlas ingin membantu kerana Allah SWT. Sesiapa berbuat kebaikan, mendapat sepuluh kali ganda amalannya. Dan sesiapa berbuat kejahatan dibalas seimbang, dengan kejahatannya. Mereka sedikit pun tidak dirugikan (dizalimi). (Al-An’am 6: 160) Cumanya, kita perlu sentiasa bersedia dengan ujian dan dugaan apabila berbuat kebaikan. Dugaan besar adalah bisikan yang menyelinap masuk ke dalam hati kita yang boleh menjadikan amalan bersedekah itu tidak membawa apa-apa makna di sisi Allah SWT. Ianya adalah perasaan riak seperti perkongsian saya di segmen sebelum ini. Bersedekah ini sebenarnya mempunyai pelbagai cara dan teknik agar si pemberi dan penerima mendapat manfaat yang sepatutnya. Di sini untuk memudahkan para pembaca meneliti satu persatu, saya akan senaraikan dengan sedikit ulasan : (1) Untuk bersedekah adalah lebih afdal jika ianya berlaku tanpa ada perancangan sebelumnya untuk bersedekah. Kenapa? Agar tempoh niat dan perlakuan itu berlaku dengan pantas sehinggakan hati kita tidak sempat untuk dibayangi dengan perasaan riak. (2) Jika semasa bersedekah, terdetik di hati agar orang lain melihat amalan kita, teruslah beristighfar dan ucapkan “kerana Allah SWT” berulang kali. Amalan ini akan mudah menepis bisikan-bisikan syaitan yang cuba menjadikan amalan kita sia-sia. (3) Apabila hadir seseorang meminta sedekah, elakkan berfikir panjang sama ada orang ini memerlukan atau tidak kerana ia boleh menimbulkan syak wasangka yang mencetuskan perlakuan yang tidak ikhlas. (4) Amalkan sedekah setiap hari dan jadikan amalan harian ini sebagai amalan yang wajib. (5) Sedekah yang tinggi nilai dan nikmatnya apabila kita bersedekah dalam keadaan kita dalam serba kekurangan. Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda “ Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah…” (6) Pilihlah NILAI YANG PALING TINGGI dalam saku atau dompet kita apabila kita bersedekah. Adakah anda yakin dengan janji Allah, apabila bersedekah satu, akan dibalas dengan 10 kali ganda, adakah anda yakin? Jika yakin, cuba amalkan kaedah bersedekah ini. (7) Memberi makan kepada binatang juga sebahagian daripada sedekah. Sebagai contoh kebiasaannya seperti kucing. Sering kali apabila kita makan di restoran, datang seekor kucing menguis-nguis kaki meminta makanan. Usah dihalau kerana Allah SWT telah memilih kita untuk diberikan rezekiNya melalui kucing. Jadi apalah salahnya, kita belikan nasi dan digaulkan dengan seekor ikan. Tidak pun sampai RM3.00. Lebih afdalnya jika kita telah jadikan rutin harian sehari sekali memberi makan kepada si comel ini. (8) Amalkan zikir rezeki selepas solat seperti : Ya Allah – 5000 X selepas Isyak – rezeki yang tidak disangka Ya Aziz (33X)– Perolehi rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka Ya Basit (33X) - Lapang dan luas rezeki dan ilmu- Ya Razzak & Ya Fattah (33X) - Segala usaha akan berjalan lancar dan rezekinya dimudahkan Allah SWT (9) Amalkan (33X) (10) Memberi makan kepada orang lain. Tidak terhad kepada orang miskin tetapi juga kepada keluarga kita, saudara mara, rakan-rakan dan sesiapa sahaja. Jadi selepas ini, sekiranya anda keluar minum bersama rakan-rakan, jangan tunggu siapa bangun dulu untuk membayar dengan harapan rakan-rakan akan belanja. Rugi kita sebenarnya. Kesimpulannya wahai pembaca budiman, tutup sahaja sebelah mata dan teruslah bersedekah sambil sedekah tangan kanan kita langsung tidak diketahui tangan kiri kita. InsyaAllah nikmatnya begitu besar di dunia mahupun di akhirat.
|
23
Bagus |
23
Marah |
14
Terkejut |
10
Sedih |
20
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
siskepoh replied at 21-9-2017 05:13 PM
mudahnya nak buat pahala. jangan pernah kedekut lagi2 bab makanan, berganda2 kita dpat blik nnti
SecretLuv: Aku nak tanya satu soalan. Kalaulah pahala tak wujud, adakah kita semua akan buat perkara-perkara yang baik? Salah satunya bersedekah. Adakah kita ber ...
ADVERTISEMENT