CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Terlalu Banyak Yang Negatif Di Laman Sosial, Bagaimana Mahu Jadi Netizen Yang Baik?

14-9-2017 12:01 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 4104| Komen: 8

Sebelum tidur dan selepas bangun tidur, selalunya telefonlah benda yang kita pegang, kan? Kenapa? Apakah kita sudah terlalu taksub pada gajet itu. Sebagai freelancer, memang saya akur. 


Saya hampir tak boleh tenang kalau tidak ada telefon pintar kerana semua kerja saya ada di situ iaitu di dalam whatsapp, telegram, facebook, instagram, wechat, email, google+ dan sebagainya. 

Saya perlu lihat update terkini daripada rakan kongsi dan client. Saya buat editing dan berkomunikasi dengan pereka grafik juga di situ. Sambil itu saya akan merayap ke laman sembang di Facebook dan Whataapp. Saja nak tengok status kawan-kawan. 

Saya yakin ramai di kalangan kita ini yang banyak tugasannya bergantung pada telefon pintar dan komputer. Tahukah anda bahawa kita semua merupakan sebahagian daripada 14 juta rakyat Malaysia yang ada akaun media sosial. Wah, ramainya! Separuh daripada keseluruhan 28 juta rakyat. 


Jadi, jangan terkejut kalau saya katakan yang kita turut menyumbang kepada angka beratus billion minit masa yang diperuntukkan oleh netizen seluruh dunia di media sosial. Wah, begitu banyaknya masa kita di depan gajet ya.

Ironinya, pernahkah anda dengar kritikan seseorang yang menyatakan bahawa rakyat Malaysia merupakan antara pengguna yang paling teruk apabila meletakkan komen di platform media sosial?

Pastinya setiap orang yang ada akaun media sosial ini akan bertanggung jawab terhadap akaun masing-masing. Macam kita jaga nama baik kita juga. Jadi, saya tidak berasa yang saya ini pengguna media sosial yang negatif. Anda pun begitu juga bukan? Siapa yang hendak memasukkan pasir dalam periuk nasi sendiri? Tak gitu?

Namun, itulah hakikat yang perlu ditelan. Bahkan kritikan tersebut datangnya daripada Ketua Polis Negara kita sendiri iaitu Tan Sri Khalid Abu Bakar. Beliau dilaporkan sebagai berkata oleh freemalaysia.com bahawa pengendali sosial media Malaysia gemar memberi atau berkongsi komen sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian negara. 

Dari segi undang-undang, beliau berkata bahawa polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memantau sebarang berita palsu yang dikongsi. Mereka yang melanggar undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan.


Pada saya, amaran ini sudah cukup menggerunkan untuk kita bersikap sambil lewa dengan meletakkan komen-komen yang negatif, provokatif, palsu dan mengguris perasaan orang lain. Ingatlah bahawa ‘Kata-kata sebelum diucapkan adalah hak kita tapi kata-kata yang telah diucapkan menjadi hak orang lain.’

KEPERCAYAAN TERHADAP MEDIA SOSIAL MENURUN
Saya yakin, netizen semakin bijak kerana tidak mudah menelan segala yang disuap di laman sosial. Hal ini dibuktikan melalui penemuan kajian Trust Barometer 2016 syarikat konsultasi komunikasi antarabangsa, Edelman. Penemuan baru-baru ini menunjukkan kesedaran bahawa media sosial bukan sumber media paling dipercayai dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Laporan itu menyebut, tahap kepercayaan terhadap media juga didapati menurun satu mata daripada 46 peratus pada 2015 kepada 45 peratus pada 2016.

Sebelum ini, kepercayaan masyarakat terhadap media sosial tinggi iaitu sebanyak 58 peratus pada 2013. Bagaimana pun saiz sampel kajian Barometer di Malaysia bagi kaji selidik ini hanya seramai 1,150 responden untuk penduduk umum dan 200 responden untuk penduduk berpendidikan. Ia mungkin jauh daripada keputusan yang sepatutnya.

KETAHUI 10 DO'S & DON’TS UNTUK MENJADI NETIZEN POSITIF
DO’S
1. Lebih banyak berkongsi mengenai urusan kerja, hobi, bisnes atau info-info berbentuk fakta yang positif.
2. Lebih selektif dan berhubunglah dengan individu yang anda kenali atau jelas profile peribadinya. Letakkan status privacy jika anda memuat naik status yang bersifat peribadi.
3. Hormati hak dan perasaan orang lain. Gunakan ayat-ayat yang baik dan sopan.
4. Hanya kongsi maklumat yang sahih dan positif sahaja. Jika bertujuan untuk membetulkan sesuatu fakta, lakukanlah dengan berhemah.
5. Bertanya dulu. Sering bertanya, “betul ke maklumat ni?” kepada rakan yang menghantar mesej tersebut. Selalunya bila ditanya, pasti anda akan mendapat jawapan, “Entahlah, aku forward je.”

Foto: Carian internet
DON’TS
1. Usah buka akaun palsu semata-mata mahu membuat serangan siber terhadap seseorang atau pihak tertentu. 
2. Usah bincangkan secara terbuka perkara-perkara aib atau tidak sahih yang melibat mangsa seperti jenayah sumbang mahram dan sebagainya. Tidak perlu jadi pemberita tanpa gaji, peguam, hakim dan sebagainya. Biar mereka yang bertauliah menjadikan kerja mereka. Kita tetap boleh berbincang tapi lakukan secara umum, berhemah dan usah cuba timbulkan sensasi.
3. Usah takut untuk unfriend atau untag rakan dan post yang tidak anda senangi. Lakukannya dengan senang hati kerana akaun itu hak anda. 
4. Facebook bukan album gambar atau diari anda. Usah kongsi terlalu banyak maklumat tentang diri dan keluarga.
5. Usah jadikan media sosial sebagai ruang meluahkan perasaan secara keterlaluan. Anda akan kelihatan seperti seorang yang perlukan perhatian dan terdesak.

Di sini, saya ingin mengajak kita semua agar menjadi netizen yang matang dan bertanggung jawab. Usah menjadi penyebar berita palsu atau aib orang lain di media sosial. Sama-samalah kita hentikannya demi menjaga keharmonian keluarga, masyarakat dan negara kita.
28

Bagus
23

Marah
18

Terkejut
17

Sedih
13

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote IsobelMelody 14-9-2017 12:33 PM
Good articles.
Quote petaiterbang 14-9-2017 01:30 PM
Memang betul, dalam forum cari ni pon bersepah salah satu nick dia errrr malas lah nak citer malu pulak

Kan @Queen.Dendra kan

Quote Queen.Dendra 14-9-2017 01:38 PM
petaiterbang replied at 14-9-2017 01:30 PM
Memang betul, dalam forum cari ni pon bersepah salah satu nick dia errrr malas lah nak citer malu pu ...

Betullah sangat bro..banyak sangat unsur negatip medsoc ni kalau tak reti guna.
Quote manjalara_01 14-9-2017 02:59 PM
selagi muka masing2....terselamat dari aib....selagi tu la ramai yg syok jadi haters/pencarut & sebagainye...
Quote Nonones 14-9-2017 04:26 PM
selepas 5 tahun aku deactivated facebook, twitter hidup aku lebih aman serta positif. gittewwwww! tak mati pun takde media sosial ni tapi terbuat account forumcari pulak
Quote mizruncing 15-9-2017 09:12 AM
berhusnuzon sepanjang masa

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.047033 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top