CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Berbuat Baik Tapi Dicanang Di Facebook. Apa Yang Tidak Kena Dengannya...

13-9-2017 10:31 AM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 6724| Komen: 21

Description: Assalamualaikum,Keindahan dalam melakukan amal kebaikan merupakan satu nikmat yag dikurniakan Illahi kepada hamba-hambanya yang ikhlas.Topik perkongsian saya bagi segmen kali ini adalah berkenaan deng ...
Assalamualaikum,
Keindahan dalam melakukan amal kebaikan merupakan satu nikmat yag dikurniakan Illahi kepada hamba-hambanya yang ikhlas.

Topik perkongsian saya bagi segmen kali ini adalah berkenaan dengan amal kebaikan yang kita lakukan samada perlu dipertontonkan sama ada secara sedar atau tidak atau sebaliknya?
 
Apabila menyebut amal kebaikan, ianya terlalu luas untuk diungkapkan satu persatu. Begitu hebat kasih sayang Allah SWT kepada hamba-hambanya sehinggakan kita semua berkesempatan untuk melakukan amal kebaikan sebanyak mungkin. 

Seperti yang semua sedia maklum, amal kebaikan yang kita hendak lakukan akan pasti diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan seperti jika kita ingin bersedekah tapi kita tidak punyai wang yang secukupnya untuk diri sendiri. 


Juga mungkin, apabila kita ingin membantu seseorang dalam kesusahan, kita pula dituduh ingin mengambil kesempatan, atau mungkin kita ingin membantu rakan dalam kesusahan, kita diuji dengan kata-kata seperti ‘tolong ada makna’ dan bermacam lagi kemungkinan yang boleh berlaku sebagai ujian terhadap amal kebaikan yang kita ingin lakukan. 

Pun begitu, saya lebih tumpukan kepada ujian hati yang sentiasa dibisikkan dengan perasaan yang tidak ikhlas dalam membuat amal kebaikan. Tambah lagi kerancakan teknologi zaman ini dengan kewujudan media sosial seperti facebook, twitter, whatsapp, Instagram dan sebagainya menebalkan lagi ujian terhadap diri yang ingin membuat amal kebaikan. 

Saya tidak mahu memberi contoh yang terlalu besar, tetapi cukup sekadar berkongsi perkara-perkara kecil yang sering kali berlaku di media sosial.

Pernah anda terbaca beberapa status di facebook atau mungkin di instagram mahupun twitter berkenaan dengan perkongsian seseorang tentang kebaikan yang dilakukan mereka? Sebagai contoh seperti :

(1) Alhamdulillah syukur, diberi kesempatan berada menunaikan solat Jumaat hari ini. (beserta gambar suasana di dalam masjid)
(2) Kesian makcik tu jual kerepek tapi bank, saya pun hulurlah RM10, harapnya boleh bantu makcik tu serba sedikit.
(3) Jom Solat Zohor..
(4) Walaupun hari ini kerja banyak sangat tapi saya mampu juga bertahan puasa seharian. 
(5) Baru lepas solat Zohor dan solat sunat, baru seronok nak bekerja lepas ni. 

Dan bermacam-macam lagi status amal kebaikan yang mungkin pernah kita baca di media sosial. Persoalannya adakah ianya merupakan satu kesalahan? 

Pandangan saya secara peribadi, segala bentuk amal kebaikan yang kita lakukan tidak perlu dipertontonkan kepada umum kerana dikhuatiri bisikan syaitan yakni riak menerjah masuk ke dalam hati kita tanpa kita sedari. Sabda Rasulullah SAW ;

“..sedikit riak sudah mendatangkan SYIRIK kepada Allah SWT”


Justeru sebagai langkah berhati-hati, seeloknya kita simpankan sahaja kebaikan yang kita lakukan dan hanya antara kita dengan Yang Maha Esa sahaja yang mengetahui perbuatan amal kebaikan tersebut. 

Mungkin ada yang berpandangan bahawa bukanlah niat untuk memberi tahu umum apatah lagi untuk riak tetapi sekadar untuk memberi iktibar kepada orang ramai. Barangkali ada baiknya niat murni tersebut namun, saya lebih sarankan agar apa yang diberikan oleh tangan kanan tidak langsung diketahui oleh tangan kiri. 

Fahamkan maksudnya? Mainan syaitan penuh teknik dan strategi, jadi afdalnya kita tidak membuka ruang kepada syaitan untuk menguasai hati kita yang mudah goyah itu. 

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, yaitu orang-orang yang lalai dari shalatnya, yang berbuat karena riya.” (QS. Al Maa’uun 4-6)


Kesimpulan atas bicara ringkas ini, saya berpesan kepada diri saya dan kalian pembaca bersama-sama kita teruskan beramal, teruskan membuat kebaikan, teruskan berbakti kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan Negara tanpa ada sedikit terselindung perasaan riak dan ingin disanjung. Tetapkanlah di dalam hati semua perkara adalah dilakukan hanya kerana Allah SWT. 

Salam Ikhlas,
----Airol Irwan Limin----
31

Bagus
22

Marah
21

Terkejut
25

Sedih
35

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (158 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missinpiece 13-9-2017 11:02 AM
Pnah jadik mangsa. Kwn dtg melawat me. Berwefie. Post dlm group ok lg la. Then brag kt fesbuk. Duh. I da lama cuba elak expose diri kat socmed. Penat ngn org camni.
Quote Core 13-9-2017 11:42 AM
Aku ada isu dengan orang yang pergi melawat org sakit lepas tu suka upload kat FB. Masa arwah mak sakit dulu, aku siap letak sign "do not take photos" sebab mak aku ni jenis yg jaga privacy. Tak suka dicanang bila sakit dan tak suka dikerumuni orang. Tapi ada je kawan2 yg bila melawat org sakit snap photo, then upload dengan tagline ala2 suci baik melawat orang sakit. Kadang2 ada orang tu yang unconcious pulak, dah tentu tak tau gambar nya dah ditayang kat umum.
Quote missinpiece 13-9-2017 12:12 PM
Core: Aku ada isu dengan orang yang pergi melawat org sakit lepas tu suka upload kat FB. Masa arwah mak sakit dulu, aku siap letak sign "do not take photo ...


Mcm yg me tkena la. Langsung x hormat privasi. Me sound direct suh remove. Nk ckp lelebih kawan rapat.
Quote palmolive 13-9-2017 12:16 PM
Core replied at 13-9-2017 11:42 AM
Aku ada isu dengan orang yang pergi melawat org sakit lepas tu suka upload kat FB. Masa arwah mak sa ...

aku rasa org sekarang takder deria rasa...
Quote Soorayahas 13-9-2017 12:24 PM
ada sorang saudara yg mcm ni..siap screenshot whats app dia dgn sesiapa yang dia menderma..pastu caption - ini je yang mampu abang bagi..  bagi i bila kita buat baik atau bersedekah, even tgn kiri pon tk perlu tahu..tp sekarang ni gah utk dicanang2kan.. wallahualam
Quote Artemesiaa 13-9-2017 12:45 PM
Kalau betul ikhlas nak buat baik tak perlu dicanang sana sini jenis yang gila perhatian je yang suka buat cam tu
Quote buapakperut 13-9-2017 01:20 PM
iols masa nikah tak buat dulang hantaran.then biras pempuan nk sponsor, iols biar je.pas nikah husband soh thanks kat org tu. pdhl hari nikah sheols dh jumpe iols n ckp ni semua akak sponsor blablabla. sedekah blablabla. hati nurani terusik sikap bragging dia dia memang suka sedekah n tolong orang tapi saat tu juga dia akan kira kebaikan dia. sgeols meriak atau iols yg tak bersyukur?
Quote taji2906 13-9-2017 01:47 PM
yg no3 tu "jom solat zohor" pada aku ok la.. dia mengajak n mengingatkan org lain supaya solat.
Quote ~boolean 13-9-2017 01:48 PM
buapakperut replied at 13-9-2017 01:20 PM
iols masa nikah tak buat dulang hantaran.then biras pempuan nk sponsor, iols biar je.pas nikah husba ...

tunggulah nanti2 kau buat salah sikit kat dia,pasti dia mengungkit tentang hantaran tu kat orang lain...
konon2 tak reti menghargai...

sebab itu aku tak suka terima pemberian keluarga, terutamanya hat macam biras kau ni..

Quote ~boolean 13-9-2017 01:48 PM
buapakperut replied at 13-9-2017 01:20 PM
iols masa nikah tak buat dulang hantaran.then biras pempuan nk sponsor, iols biar je.pas nikah husba ...

tunggulah nanti2 kau buat salah sikit kat dia,pasti dia mengungkit tentang hantaran tu kat orang lain...
konon2 tak reti menghargai...

sebab itu aku tak suka terima pemberian keluarga, terutamanya hat macam biras kau ni..

Quote mamapea 13-9-2017 02:01 PM
kalau org post psl ajak buat kebaikan aku x kisah...bg aku tu semua peringatan...contohnya ajak solat, menderma & buat baik sesama manusia...kalau dok show off harta benda tu mmg aku meluat..
Quote aleesyasofia 13-9-2017 03:40 PM
Core: Aku ada isu dengan orang yang pergi melawat org sakit lepas tu suka upload kat FB. Masa arwah mak sakit dulu, aku siap letak sign "do not take photo ...


ptutnya kalo mlawat org xskit xpyh la nk tgkp gmbr bgai.. iols kalo lwat org skit ke org tgk pntg kw malawat baby ke xde plak mgedik nk tgkp gmbr.. kosser sgt..
Quote debab76 13-9-2017 09:28 PM
meols unfollow sajork ummah2 mcm ni. tiap 5 minit update status n gambar kt fb. kose! mcm la ko sorang je ada baby, ada laki etc. khenn
Quote dakewa 14-9-2017 01:27 AM
Aku pun pantang betol org amek gambar org sakit tgh terlantar bagai tu. Lainlah kalau org tu sedar and tak kisah nak selpie skali, tu lantak ko lah nak post kat media sosial bagai.
Quote haryatie 14-9-2017 08:17 AM
sekrang da jd trend semua benda nk show off
pe lg kalau org tu ada2..sgala benda nak tunjuk
bukan setakat harta benda..tu x yah cakap la
kasih sayang pun nak tunjuk..
Quote simatakucing 14-9-2017 08:28 AM
Tulahkan sebenarnya byk yg memudaratkan dari   
yg baik,tnjuk harta mau kena rompak,tnjuk syg2 romantis nt kena kena kebas kena sihir,ish2 takutnye
Quote mizruncing 14-9-2017 09:37 AM
manusia. biasa laaa.

tp jgn sume bnda nk show off
Quote Hedwig77 14-9-2017 01:28 PM
Mcm kazen2 iols klau melawat org sakit, theyol ambik gmbr dan report condition dia utk yg belum dtg melawat lg ataupun yg x tau dia masuk wad. Klau mcm tu, ok kot.
Quote hyie 14-9-2017 01:46 PM
biasalah setiap sesuatu yang kita lakukan ada pro & cons...tapi kita boleh je kenal orang yang humble brag ni

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.332678 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top