Patah tumbuh hilang berganti. Tempat Fathia Latiff yang digugurkan daripada membintangi drama La Luna akibat masalah disiplin baru-baru ini sudah ada penggantinya.
Memetik Harian Metro, Zahirah MacWilson merupakan pelakon yang paling menepati kriteria bagi membawa watak Luna. Norazah Sahud selaku penerbit syarikat produksi Tenview Sdn Bhd mengumumkan perkara itu, semalam.
"Zahirah dipilih kerana dia sangat menepati watak Luna. Kami agak teliti memilih pelakon kerana tidak mahu masalah sebelum ini berulang lagi. "Justeru, kami merujuk kepada beberapa produksi berkenaan tahap disiplinnya dan mendapati setakat ini dia tidak menimbulkan masalah dengan mana-mana syarikat produksi," katanya. Wah, Norazah siap beri pujian melambung kepada Zahirah ni tau! Katanya, Zahirah ada pakej menarik sebagai pelakon utama setanding Fathia. "Zahirah seorang pelakon remaja yang sedang meningkat namanya. Lakonannya juga bagus dan boleh memberi kesan terhadap penonton drama ini nanti," jelasnya. Tambah penerbit berkenaan, La Luna sudah kembali ke set bermula semalam. Ada tak yang kurang setuju dengan pemilihan Zahirah? Siapa yang pembaca rasa lebih layak menggantikan Fathia untuk melakonkan watak La Luna selain Zahirah? - CARI |
10
Bagus |
8
Marah |
21
Terkejut |
14
Sedih |
19
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT