Sejak tercetusnya krisis Rohingya di Myanmar, Aung San Suu Kyi yang merupakan penerima Hadiah Nobel Keamanan hanya mendiamkan diri sehingga dikecam hebat kerana tidak mengambil serius dalam usaha menangani masalah tersebut. Kelmarin, pemimpin Myanmar yang disanjung tinggi negara barat itu dilaporkan tampil memberi penjelasan di televisyen berhubung pendirian pihak kerajaan Myanmar dalam isu Rohingya. Memetik laporan Reuters, Aung San Suu Kyi berkata kerajaannya sedar akan perhatian yang diberikan oleh dunia kepada keadaan yang sedang berlaku. "Kami masih perlu mengenal pasti apakah masalah sebenar di wilayah Rakhine serta menyiasat dakwaan pelbagai pihak sebelum tindakan boleh diambil."
"Sebagai anggota masyarakat dunia yang bertanggungjawab, Myanmar tidak bimbang dengan pemantauan dunia." Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa Bersatu menyifatkan apa yang berlaku di wilayah itu sebagai "pembersihan etnik" bertujuan mengusir etnik Rohingya selama-lamanya dari Myanmar. Dilaporkan ketika ini, puluhan ribu etnik minoriti Rohingya melarikan diri merentas sempadan Bangladesh untuk berlindung daripada serangan tentera Myanmar di utara Rakhine.- CARI
|
8
Bagus |
12
Marah |
9
Terkejut |
5
Sedih |
8
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT