Dalam entri terbaharu di blognya chedet.cc kelmarin, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sedih dan kecewa terhadap sikap Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang melemparkan kata-kata kesat terhadap beliau dan menuduhnya kafir tetapi tidak menjawab perkara utama yang dibangkitkan. Katanya, beliau menghormati Tuan Ibrahim sebagai satu-satunya pemimpin PAS yang rasional, namun berasa sedih dengan jawapannya terhadap tulisan beliau. “Memaki saya, iaitu saya ini perompak dan penyamun, mencerita berkenaan kezaliman saya dan bermacam lagi tidak sedikitpun menimbul kemarahan saya. Memanglah musuh saya tidak akan puji saya. Membuat tuduhan yang tidak berasas memang cara musuh untuk menang dalam pilihanraya."
“Tetapi mengkafirkan saya tidak boleh saya terima. Ia dilarang oleh Islam, dilarang dalam Al-Quran. Ia berdosa dan orang yang mengkafirkan orang Islam akan dapati dakwaan mereka akan kembali kepada mereka. Ini yang dijanji dalam Al-Quran." “Tidak perlu dakwa saya tidak berbahasa Arab. Tidak perlu kata saya bukan orang agama, tidak berijazah dalam agama Islam.” Bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu membangkitkan persoalan apakah orang terpelajar dalam agama Islam seperti Tuan Ibrahim, yang mendakwa diri sebagai ulama, boleh menerima dakwaan bahawa sesiapa yang tidak menyertai PAS adalah kafir. “Raja-raja kita pun tidak menyertai PAS. Sudah tentu orang Islam yang seramai 1.7 bilion diseluruh dunia, mengikut dakwaan PAS adalah kafir." “Pengkafiran inilah yang memecah belah orang Melayu Islam yang semua percaya dan mengikut amalan agama Islam yang sama dan mengucap dua kalimah syahadah dan berada dalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, berimam kepada Imam Shafei,” katanya. Beliau sekali lagi menjelaskan bahawa sebelum PAS wujud, tidak ada perpecahan disebabkan kelainan agama di kalangan orang Melayu Islam. Sementara itu, Dr Mahathir turut berkata, apabila PAS bekerjasama dengan DAP, parti itu tidak pula mendakwa ianya menjadikan PAS kafir, sebaliknya ia adalah ‘tahaluf siyasi’ – bahasa Arab – atau ‘kerjasama politik’. “Hanya dengan mengguna Bahasa Arab tidak menjadikan perbuatan PAS itu Islam,” katanya. Beliau sekali lagi mengemukakan persoalan supaya difahami oleh Tuan Ibrahim: i) Apakah Tuan Ibrahim percaya bahawa sesiapa yang tidak menyertai PAS tidak Islam. ii) Apakah orang Melayu kafir sebelum adanya PAS. iii) Apakah ibubapa orang PAS kafir kerana dilahir sebelum adanya PAS. iv) Apakah PAS tidak kafir apabila bekerjasama politik dengan DAP. v) Mengikut PAS, UMNO kafir. Jika PAS bekerjasama dengan UMNO apakah PAS menjadi kafir. vi) Amanat Hadi dakwa pemerintahan Malaysia kafir dan melawan dengannya adalah jihad dan kematian dalam perlawanan ini menjadikan si mati syahid. Apakah Tuan Ibrahim terima dakwaan dalam amanat Hadi? vii) Jika pemerintahan yang didirikan oleh UMNO dahulu kafir, apakah pegawai-pegawainya, termasuk mufti dan orang-orang yang dipimpin dan dinasihat oleh mereka kafir. viii) Apakah Tuan Ibrahim percaya 14 pengikut Ibrahim Libya mati syahid dah 4 orang polis mati sebagai orang kafir yang bekerja dengan Kerajaan kafir?- CARI
|
17
Bagus |
16
Marah |
20
Terkejut |
15
Sedih |
15
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spiderman80 replied at 19-9-2017 11:39 AM
Sorry ya Spidey sebagai seorang bukan Muslim kurang faham dengan trend sesetengah orang Muslim sekar ...
Akhlaken replied at 18-9-2017 08:01 PM
hmm..aku tak nampak pun statement Ust. Tuan Ibrahim "mengkafirkan" Dr M..
white_musk replied at 19-9-2017 01:02 PM
Semua orang melayu suka nak jadi Tohan
lin_z replied at 19-9-2017 01:32 PM
kan gigih bebenor nak cek dosa pahala orang lain, menerakakan orang lain, mengkapirkan orang la ...
ADVERTISEMENT