CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak Rasa Pertumbuhan Ekonomi? Letak Saja Pemercik Api Pada Tangan- Tan Sri Irwan

19-9-2017 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 13236| Komen: 178


sumber : internet


Kelmarin, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, bagi mereka yang tidak merasai pertumbuhan ekonomi Malaysia, mereka itu sebenarnya "berpura-pura tidur" atau "masih dalam mimpi".

Memetik laporan Sin Chew Jit Poh, beliau berkata, kadar pertumbuhan ekonomi negara fasa pertama pada tahun ini mencatatkan 5.6 peratus, manakala fasa kedua kadar pertumbuhan pula adalah 5.8 peratus, ini termasuk dalam pelaburan sektor swasta atau pun penggunaan semuanya mengalami pertumbuhan. 

" Sekiranya anda tidak merasai pertumbuhan ekonomi? Letak saja pemercik api pada tangan anda, maka anda akan terasa."

Tan Sri Dr Mohd Irwan turut berkata, sebilangan orang tidak dapat merasai pertumbuhan ekonomi, adalah kerana dia "masih masih dalam mimpi", jadi hanya dibakar api, barulah dia akan "sedar" kembali.


" Kadar pertumbuhan ekonomi amat ketara sekarang, kutipan cukai turut digunakan untuk subsidi rakyat iaitu termasuk pendidikan, perubatan yang percuma dan sebagainya."

"Biarpun terdapat segelintir orang membuat bising mengatakan "beban penyaraan hidup sangat tinggi", akan tetapi ramai orang masih menjamu selera di pusat membeli belah, jalan raya masih penuh dengan kereta, jadi ini bermakna kehidupan di Malaysia masih bagus lagi. "

Beliau turut mengambil contoh negara Thailand dan Filipina, dengan mengatakan keadaan ekonomi negara kita jauh lebih bagus daripada Thailand dengan Filipina, ini kerana negara kita sudah mempunyai sistem kadar gaji yang rendah.

" Seterusnya kami akan menumpukan pada sektor tertentu dan mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan cukai, kemudian guna cukai tersebut untuk pembangunan negara dan pemberian subsidi kepada rakyat. "- CARI
13

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizzzek 19-9-2017 10:52 AM

ni ayat standard gomen
Quote palmolive 19-9-2017 10:53 AM
"Biarpun terdapat segelintir orang membuat bising mengatakan "beban penyaraan hidup sangat tinggi", akan tetapi ramai orang masih menjamu selera di pusat membeli belah, jalan raya masih penuh dengan kereta, jadi ini bermakna kehidupan di Malaysia masih bagus lagi. "


KSU ngan macai sama jek ayat
Quote Siput_Sawah 19-9-2017 10:57 AM
"Biarpun terdapat segelintir orang membuat bising mengatakan "beban penyaraan hidup sangat tinggi", akan tetapi ramai orang masih menjamu selera di pusat membeli belah, jalan raya masih penuh dengan kereta, jadi ini bermakna kehidupan di Malaysia masih bagus lagi. "




Speechless......dedak please!!

kalau muntri base kat foodcourt mall sebagai ukuran rakyat Malaysia senang lenang....tolong stop import dedak masuk Malaysia please!!!
Quote tobobon 19-9-2017 11:05 AM
palmolive replied at 19-9-2017 10:53 AM
"Biarpun terdapat segelintir orang membuat bising mengatakan "beban penyaraan hidup sangat tinggi",  ...

hahaha..which is quite true..

mcm i pernah ckp..selagi kfc dan mcd tu penuh... depa akan anggap keadaan ekonomi skrg masih bagus
Quote rashiman 19-9-2017 11:09 AM
Siput_Sawah replied at 19-9-2017 10:57 AM
"Biarpun terdapat segelintir orang membuat bising mengatakan "beban penyaraan hidup sangat tinggi",  ...


Habis macam mana, bila gomen rujuk kajian dari agensi penarafan ekonomi dunia seperti Moody’s, S&P (Standard & Poor's) dan juga Fitch Ratings.
Rakyat susah nak faham...

nak bagi rakyat mudah faham mengenai ekonomi kita, rujuk dengan apa yg ada disekeliling kita, KFC,McDonald penuh, shopping complex penuh sesak, highway pun jem, hotel2 & chalet2 penuh dimusim2 cuti & perayaan, jualan kereta meningkat, rumah, kereta, moto ada yg dua, tiga biji hingga sesak lot2 parking kat rumah flat,apartment,kondominium, jalan2,lorong2 dirumah teres pun penuh sesak dilaman dan luar rumah.
sarahidup tinggi sebab ada yg berbelanja melebihi pendapatan. mampu beli Axia dibelinya Jazz...dll.

Quote renko 19-9-2017 11:11 AM
rashiman replied at 19-9-2017 11:09 AM
Habis macam mana, bila gomen rujuk kajian dari agensi penarafan ekonomi dunia seperti Moody’s,  ...

perbandingan syok sendiri n bodoh
level budak sekolah
bodoh
Quote palmolive 19-9-2017 11:12 AM
tobobon replied at 19-9-2017 11:05 AM
hahaha..which is quite true..

mcm i pernah ckp..selagi kfc dan mcd tu penuh... depa akan anggap ...

berapa percent jek yg makan kt situ banding yg tak makan... or yg tak nah makan kfc sepanjang idup dia
Quote jiwakacau06 19-9-2017 11:13 AM
bodoh btl la statement...pesal bnm kuar kenyataan kerugian klau da pertumbuhan ekonomi?brpa byk org hilang kerja skrg ni...
Quote rashiman 19-9-2017 11:15 AM
palmolive replied at 19-9-2017 11:12 AM
berapa percent jek yg makan kt situ banding yg tak makan... or yg tak nah makan kfc sepanjang ...

jika ekonomi tak berkembang, banyak2 yg gulung tikar, bangkrap...
Quote dizzzek 19-9-2017 11:15 AM
rashiman replied at 19-9-2017 11:15 AM
jika ekonomi tak berkembang, banyak2 yg gulung tikar, bangkrap...

cetek otak
Quote xy_daen 19-9-2017 11:16 AM
Bilangan rakyat Malaysia yang penuhkan KFC McD tu perapa persen daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia?

Bebal...
Quote palmolive 19-9-2017 11:17 AM
Edited by palmolive at 19-9-2017 11:19 AM
rashiman replied at 19-9-2017 11:15 AM
jika ekonomi tak berkembang, banyak2 yg gulung tikar, bangkrap...

sekarang banyak jek yg dh bungkus pakman
zaman ekonomi cmni rakyat lebihkan simpanan banding berbelanja...

Quote orgsepang 19-9-2017 11:25 AM
Perubatan percuma memang melegakan. Hari tu adik mendapat rawatan di hospital Putrajaya. Akak dah sedia RM untuk bayar dengan doa kos tidak melebihi apa yang ada dalam dompet. Alhamdullilah, RM1 pun xbayar.
Terima kasih kerajaan
Quote rashiman 19-9-2017 11:26 AM
renko replied at 19-9-2017 11:11 AM
perbandingan syok sendiri n bodoh
level budak sekolah
bodoh

rakyat mempunyai standard pemikiran yg berbeza-beza....
jadi gomen kena jelaskan dengan pelbagai cara....
mana yg pandai sikit gomen jelaskan dgn merujuk dari agensi penarafan ekonomi dunia
seperti Moody’s, S& (Standard & Poor's) dan juga Fitch Ratings.
Seperti PM kita bentangkan dengan Ahli2 Perniagaan AS, tak kan nak merujuk base kat foodcourt mall...

Tapi ada rakyat yg masih tak faham faham lagi bila
gomen merujuk berdasarkan agensi2 tersebut, maka kenalah base kat foodcourt mall....


Quote spiderman80 19-9-2017 11:28 AM
KFC atau McDonald's yang penuh dengan orang bermakna rakyat tak hidup susah?
Sejak bila KFC dan McDonald's menjadi status kemewahan era ini? Budak Nepal atau Bangla yang bekerja di Malaysia atau Singapura pun tak hadap makan benda-benda tu sebagai makanan mewah.

Lainlah kalau kedai emas Poh Kong, Tomei atau Habib sentiasa penuh dengan pembeli baru boleh cakap ekonomi negara dan rakyat bagus.

Kebelakangan ini ramai di antara kita mahu makan durian pun kena berfikir dua tiga kali.
Quote sofiazara 19-9-2017 11:28 AM
KSP ni patut masuk rancangan akademi fantasia
Quote rashiman 19-9-2017 11:30 AM
sofiazara replied at 19-9-2017 11:28 AM
KSP ni patut masuk rancangan akademi fantasia

bila KSP jelaskan dalam bahasa ekonomi.....nanti korang pulak yg melopong....

Quote mizruncing 19-9-2017 11:31 AM
statement bebal
Quote NAT_11 19-9-2017 11:32 AM
Edited by NAT_11 at 19-9-2017 11:34 AM
tobobon replied at 19-9-2017 11:05 AM
hahaha..which is quite true..

mcm i pernah ckp..selagi kfc dan mcd tu penuh... depa akan anggap ...

KFC, M.cDonald and Pizza Hut PENUH sebab bebudak kolej
suka duduk situ, BELAJAR dan buat kerja kursus mereka.
Bodoh vbetul mamat KSU ni.

Lihat semua komen(178)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.131469 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top