Legenda Badminton Denmark, Morten Frost Hansen membuat keputusan mengejut meletak jawatan sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Memetik laporan The Star, perkara itu diumumkan oleh Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM (C&T) di Bukit Kiara, hari ini. Difahamkan surat perletakan jawatan Frost diserahkan pada 11 September lalu berserta enam bulan notis. Menurut Norza, Frost meletak jawatan atas sebab peribadi, keputusan yang diterima BAM dengan hati terbuka. “C&T menerima perletakan jawatan itu dengan hati terbuka, namun Pengurus Besar BAM (Michelle Chai) akan mengadakan pertemuan dengan Morten esok bagi membincangkan mengenai perkara tersebut."
“Kontrak Frost sepatutnya hanya tamat pada 2020,” kata Mohamad Norza kepada pemberita di sini, hari ini. Frost, yang turut terkenal dengan jolokan ‘Mr Badminton’ pernah berkhidmat dalam badminton Malaysia dari 1997 hingga 2000 dan berjaya melahirkan pemain ternama negara seperti Wong Choon Hann, James Chua dan Lee Tsuen Seng.- CARI
|
12
Bagus |
12
Marah |
9
Terkejut |
17
Sedih |
14
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT