CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tua Maut Dirempuh Kereta Gara-Gara Budak Tiba-Tiba Nak Kencing Tengah Jalan

14-9-2017 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6438| Komen: 38


sumber : www.liveleak.com/view?i=db7_1505284542


Seorang wanita tua dilaporkan maut dilanggar kereta ketika membawa seorang kanak-kanak melintasi lintasan zebra di Sichuan, China.

Memetik laporan Liberty Times Net, kemalangan itu berlaku disebabkan kanak-kanak tersebut tiba-tiba berhenti di tengah lintasan zebra seolah-olah ingin kencing.

Menurut rakaman kamera litar tertutup CCTV, kejadian tersebut berlaku pada Selasa lalu sekitar jam 8.34 pagi. Jelas kelihatan seorang budak lelaki berusia dua tahun bersama seorang wanita bernama Chen melintas jalan dan tiba-tiba budak tersebut duduk mencangkung seolah-olah ingin kencing di tengah jalan. 

Dalam masa yang sama, sebuah kereta berwarna jingga yang tidak perasan akan kehadiran mereka berdua terus merempuh dan menggilis mereka berdua yang sedang mencangkung di tengah jalan.


Pemandu tersebut segera keluar dari kereta dan orang awam yang berada di sekitar turut membantu mengangkat kereta untuk membawa keluar wanita tua yang terhimpit di bawah kenderaan itu.

Bagaimanapun, wanita tua itu maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang agak serius, manakala budak lelaki itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Setelah diperiksa, budak lelaki itu didapati patah tulang kaki dan kini masih menjalani rawatan di hospital.- CARI




19

Bagus
28

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 14-9-2017 03:58 PM
Edited by Themilo at 14-9-2017 08:01 AM


By the way, wartawan pemalas cari ni dah buta ke apa?
"Dalam masa yang sama, sebuah kereta putih yang tidak perasan akan kehadiran mereka berdua terus merempuh dan menggilis mereka berdua yang sedang mencangkung di tengah jalan"

Kereta tu warna jingga / oren la setan.. aku duk perhati je artikel wartawan LTS ni..
Quote cmf_blingblings 14-9-2017 04:00 PM
tak kanlah pemandu kereta tu tak nampak
Quote Themilo 14-9-2017 04:01 PM
cmf_blingblings replied at 14-9-2017 08:00 AM
tak kanlah pemandu kereta tu tak nampak

buta agaknya. macam wartawan cari ni. kereta oren dikatanya putih.
Quote taji2906 14-9-2017 04:04 PM
Themilo replied at 14-9-2017 03:58 PM
By the way, wartawan pemalas cari ni dah buta ke apa?
"Dalam masa yang sama, sebuah kereta putih  ...

dia translate dari tulisan cina.. oren jadi putih.
mcm cina dlm fb kena tangkap kelmarin tu.
Quote blythes 14-9-2017 04:07 PM
mata kau manaaa
Quote Artemesiaa 14-9-2017 04:14 PM
Kawasan zebra crossing tu memang semua tahu kena perlahankan kenderaan tak kira lampu isyarat merah menyala atau tidak ketika itu.
Quote paz 14-9-2017 04:17 PM
Eh kenapa dia tak nampak yer? Bukan ke sangat clear ada manusia besar depan tu.
Quote snazzydaisy 14-9-2017 04:35 PM
ya Allah.. seriaunya tgk cara nenek tu ditindih... niat dia baik nak tolong boy tu...
takkan lah lady driver tu tak perasan kan nenek tu...
entah2 tgh sibuk berborak... ramai jaaa ladies kat KL ni yg drive cam siput khinzir hanya sbb rancak berborak kat hp or dgn org sebelah  
Quote petaiterbang 14-9-2017 04:41 PM
Wartawan Cari pun serupa pemalas dah aku tengok harap kan copy paste je. Sumber balik2 mostly dari FB dan few je dari sumber lain2. Copy paste lepas tu tak teliti.

Kipidap. Isu bendera masa sea games pon terbabas apatah lagi berita cedok

Quote lil_sparky 14-9-2017 04:43 PM
Mustahil la xnmpk.. Driver tgk kot tpt lain nih..or dok men hp smbil drive
Quote gede-bab 14-9-2017 05:43 PM
cmf_blingblings replied at 14-9-2017 04:00 PM
tak kanlah pemandu kereta tu tak nampak

bila nenek tu membongkok rasanya sukar nak nampak kot..
Quote manjalara_01 14-9-2017 05:43 PM
i rs driver tu x nampak sbb nenek tu dah bongkok habis..mungkin same level pendek dgn budak...
tu yg driver x prasan....
Quote mommymonster82 14-9-2017 05:45 PM
Ya Allah... ngerinya
Quote xy_daen 14-9-2017 05:48 PM
Blind spot..
Quote EvieWanKenobi 14-9-2017 05:59 PM
kereta slow pun tak leh nampak ke
ada orang kat depan??
Quote cmf_blingblings 14-9-2017 06:01 PM
gede-bab replied at 14-9-2017 05:43 PM
bila nenek tu membongkok rasanya sukar nak nampak kot..

Saya rasa mungkin pemandu tu hanya tengok depan jln sana dan belok. Dia tak nampak sebelah kanan
Quote PongKang 14-9-2017 06:14 PM
bodo punye driver!
Quote umbut 14-9-2017 07:30 PM
Kesiannya.. x pasal2 maut..
Quote lasagnaklcc 14-9-2017 07:40 PM
Nenek tu kat blind spot kot... tak pon driver pendek tak nampak nenek bongkok...

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.076183 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top