Siapa sangka Dikir Barat yang merupakan satu warisan budaya yang berasal dari Kelantan mampu menarik minat rakyat China. Memetik laporan Harian Metro, sambutan budaya seni nyanyian yang unik ini bukan sahaja terhad di Malaysia sahaja, malah ianya juga menarik minat rakyat China apabila pasukan dikir barat Arjunasukma berjaya memenangi Anugerah Prestasi Cemerlang pada Expo Industri Pelancongan Antarabangsa 2017 di Guangdong, China baru-baru ini. Lebih manis lagi, ketika dalam perjalanan pulang dari Guangzhou ke Pulau Langkawi, pasukan dikir barat tersebut sempat membuat persembahan dikir barat secara spontan selama tiga minit dalam pesawat dan disambut baik penumpang yang 90 peratus adalah warga China.
Difahamkan, video persembahan dalam pesawat AirAsia yang dirakam pada Isnin lalu itu menjadi tular di laman sosial selepas dianggap sebagai persembahan dikir barat tertinggi di dunia dengan 30,000 kaki dari aras laut. Menurut pengarah Akademi Arjunasukma Mohd Sulhie Yusuf, dia bersama 14 pendikir yang lain bersyukur apabila impian mereka itu tercapai selepas AirAsia sebagai penaja penerbangan mereka ke Guangzhou membenarkan untuk membuat persembahan dikir barat dalam kapal terbang. "Pada mulanya kami tidak yakin mereka memberi kebenaran. Tetapi apabila kami menyatakan niat kami kepada ketua pramugara, dia juga teruja untuk melihat persembahan kami." "Selepas 40 minit, kami difahamkan cuaca dalam keadaan baik lalu ketua juruterbang membuat pengumuman bahawa kami akan membuat persembahan dikir barat dalam masa tiga minit." "Apa yang menggembirakan apabila semua penumpang yang majoriti dari China menyertai kami dengan bertepuk tangan sehingga ada yang membuat permintaan supaya jangan berhenti." Tambahnya lagi, dia menyifatkan peristiwa itu adalah kenangan paling manis buat Arjunasukma kerana menjadi pasukan dikir barat pertama yang membuat persembahan "tertinggi di dunia" selain kejayaan mereka diiktiraf di Guangzhou.- CARI |
32
Bagus |
12
Marah |
31
Terkejut |
15
Sedih |
21
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
gede-bab replied at 14-9-2017 10:53 AM
Indon patut tercabar ni..ayuh donk bikin persembahan reok ato kuda lumping di atas pesawat... lagi t ...
indon nak claim dikir barat pula
nnti klaim dikir barat dari sematera barat plak ye
#doneclaim
should replied at 14-9-2017 11:49 AM
bestnye berdikir atas kapal terbang sambil gelek gelek macam ni
jiwarasa replied at 14-9-2017 12:07 PM
jangan cabar.. nanti dorang berpoco2 di planet marikh baru ko tahu
should replied at 14-9-2017 11:49 AM
bestnye berdikir atas kapal terbang sambil gelek gelek macam ni
should replied at 14-9-2017 03:49 AM
bestnye berdikir atas kapal terbang sambil gelek gelek macam ni
ADVERTISEMENT