CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[Kemaskini] Ubat Nyamuk, Litar Pintas Disyaki Punca Kebakaran- Bomba

14-9-2017 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 125707| Komen: 2239

Description: Awal pagi tadi, berlaku satu kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang membabitkan kematian lebih 20 orang termasuk pelajar dan tenaga pengajar. ...
Kemaskini : 1.30 Petang 

sumber : FMT

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesyaki kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang mengorbankan 22 pelajar dan 2 guru, mungkin berpunca daripada ubat nyamuk atau litar pintas.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Timbalan Ketua Pengarah Bomba, Datuk Saimon Jahid berkata, semua mangsa maut kerana tidak dapat membuka jeriji tingkap.

Katanya, 5 pelajar yang berjaya diselamatkan dalam operasi pertama pagi tadi, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Tambah beliau, operasi memadam kebakaran itu yang disertai 50 anggota tamat 8 pagi tadi, tetapi pihaknya masih melakukan pemantauan bagi memastikan tiada pelajar atau guru yang tertinggal dalam bangunan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, semua 24 mangsa korban ditemui dalam keadaan rentung dan bertindih di tingkat teratas pusat tahfiz terbabit yang menempatkan 36 pelajar.

Katanya, 14 pelajar dan 4 guru berjaya menyelamatkan diri.- CARI


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


sumber : Berita Harian

Awal pagi tadi, berlaku satu kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang membabitkan kematian lebih 20 orang termasuk pelajar dan tenaga pengajar.

Memetik laporan Berita Harian, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.

Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian.

Menurut pihak Bomba, 20 mangsa yang lain dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Susulan kejadian itu, polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba.- CARI




sumber : Berita Harian 
sumber : Berita Harian 
sumber : Berita Harian 
sumber : Facebook


28

Bagus
13

Marah
27

Terkejut
28

Sedih
26

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (140 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hunny_bunny 14-9-2017 08:41 AM
patotlaaa non stop bunyi bomba pg td...

Inalillah....
Quote atira 14-9-2017 08:42 AM
keramat kat penang ka KL ni?
Quote atira 14-9-2017 08:43 AM
ok..
kat datuk keramat KL ni haaa

By HARIZ MOHD - September 14, 2017 @ 8:29am



KUALA LUMPUR: Up to 25 people are reported dead in a blaze which destroyed a tahfiz school in Datuk Keramat here early this morning.
It is understood that the bodies are being transported to the KL Hospital.
According to authorities, the school at Jalan Keramat Hujung caught fire at about 5.15am.
When contacted, a spokesman from the City Fire and Rescue Department said they received a call about the incident at 5.41am.
As of 8am, the Department has nine fire engines from four stations at the scene.
The spokesman said firefighting operations are ongoing.






Quote dodolgemok 14-9-2017 08:45 AM
Takziah

Quote kecimpret 14-9-2017 08:45 AM
ahh sudahhhh..kat sri petaling ni pun ada pusat tahfiz...dorang dpt bomba cert ke tak ni?



Quote kikuri 14-9-2017 08:46 AM
Allahu.... semoga adik adik yang terkorban tahfiz dicucuri rahmat
Quote lil_sparky 14-9-2017 08:47 AM
Takziah utk semua
Quote balqishku 14-9-2017 08:50 AM
Allahuakbar... sedihnya pagi2 dpt berita sebegini. Moga Allah swt tempatkan mereka ke dalam syurga. Meninggal ketika menuntut ilmu.
Quote nini_azmi 14-9-2017 08:51 AM
Takziah. Dah bape kes sek tahfiz ni terbkr. Pbinaan bgnn sek diorg tu ada kelulusan tak. Pelik sek tahfiz tumbuh cam cndwn. Sume ustaz2 pn nk buat sek tahfiz sndr gamaknya
Quote kakiselit 14-9-2017 08:52 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.

Alfatihah...
Quote memeque10 14-9-2017 08:52 AM
Allahuakbar.....moga ditempatkan di syurga...Dari Dia kita datang, dan kepada-Nya jua lah kita kembali
Quote asyriqa 14-9-2017 08:52 AM
Allahu..sedihnye...moga keluarga yg terlibat tabah menghadapi dugaan
Quote the_killer 14-9-2017 08:55 AM
Alfatihah semoga Allah mengampuni dosa adik2 tahfiz semua... dan menempatkan mereka di kalangan orang yang beriman..

Audit Keselamatan Bangunan masih diambil enteng oleh sebahagian masyarakat malaysia
Quote ms.engine 14-9-2017 08:56 AM
Al fatihah.. kerap sgt pusat tahfiz terbakar
Quote nuyunnisa 14-9-2017 08:56 AM
Ya Allah..ya Allah.dpt kt FB td ingtkn kat luar negara.kat sini rupanya
innalillahiwainnailaihirajiun.terbakar kat dalam je ke mcmana.bangunan nmpak elok je.sedihnya dapat berita mcmni.moga family2 mrk tabah n redha.Allah lebih sayangkn mereka...
Quote cecite 14-9-2017 08:57 AM












Quote krustykrab 14-9-2017 08:58 AM
byk betul kebakaran lately, pagi tadi lalu kt depan pandan jaya, ada kebakaran jgk, nmpk mcm rumah setinggan,...
Quote cecite 14-9-2017 08:59 AM
nini_azmi replied at 14-9-2017 08:51 AM
Takziah. Dah bape kes sek tahfiz ni terbkr. Pbinaan bgnn sek diorg tu ada kelulusan tak. Pelik sek t ...


Sume ustaz2 pn nk buat sek tahfiz sndr gamaknya


Tak tahu, jangan main cakap. Jadi fitnah nanti
Quote bit 14-9-2017 08:59 AM
Tahfiz lagi..., tahfiz tahfiz ni ada SOP kebakaran tak? Ada bomba datang inspect tak soal kesalamat ke harap doa je hari hari.

Lihat semua komen(2239)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.172223 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top