CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bosan Dengan Karipap Biasa, Cuba Tembosa Yang Padat Dengan Inti Ikan Segar

13-9-2017 12:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16061| Komen: 32|Original author: Oleh: Myra Rozi

Kalau sebut Tembosa rasanya ramai juga yang jarang dengar kan?

Sebenarnya Tembosa atau nama lainnya karipap inti ikan ini katanya popular di negeri sebelah Pantai Timur.


Rangup, lembut, menyelerakan! Lebih-lebih lagi kalau cicah dengan sos keropok lekor! Mesti berebut punyalah makan panas-panas! Jom cuba buat sendiri.

Bahan-bahan untuk pastri:
1/2 kg tepung gandum 
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan majerin 
1/2 cawan air sejuk dari peti ais
1 sudu kecil garam masukkan ke dalam air

Cara membuat kulit karipap:
Panaskan minyak dan marjerin kemudian curahkan ke dalam tepung. Gaul sehingga rata. Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
Simpan doh di dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam.
Siap utk digunakan. 

Tips: Goreng karipap dengan api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup

Foto: FB MAHN
Bahan-bahan inti:
6 ekor ikan selayang
2 cawan santan
1/2 inci halia - dimayang halus
6 ulas bawang merah - dimayang
1 sudu kecil halba
gula dan garam secukup rasa

Cara-Cara:
Ikan direbus dan ambil isinya. 
Kisar isi ikan dgn santan hingga hancur.

Foto: FB MAHN
Masukkan bahan kisar ke dalam kuali.
Kacau hingga hampir kering.

Foto: FB MAHN
Masukkan gula, garam, halia, bawang merah dan halba.
Kacau hingga sebati dan kering bolehlah diangkat. 

Foto: FB MAHN
Selepas itu bolehlah mula masukkan inti ke dalam pastri seperti membuat karipap biasa dan gorengkannya.

Siap dan sedia untuk dihidangkan. Penggemar karipap wajib cuba resipi ini okay? -CARI

Kredit Resipi: Dapur Digital
19

Bagus
26

Marah
26

Terkejut
28

Sedih
26

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (138 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 13-9-2017 12:55 PM
mak aku panggil ni temosa. sama ke
Quote munchkin 13-9-2017 12:57 PM
Nak mudah isi ngan tuna dalam tin tu. Sedap. Aunty aku buat hari tu sedap sangat
Quote devilito2 13-9-2017 01:22 PM
sedapnya....
Quote tembikai 13-9-2017 02:04 PM
sedap..sedap....
Quote tenukbelaan 13-9-2017 02:56 PM
memang sedap... mil aku orang terengganu..biasa buat karipap jenis ni...sedappp...tapi malang nya,,try jual ni kat perak...tak berapa laku...tak biasa makan karipap jenis ni
Quote b_n_c 13-9-2017 02:59 PM
pertama kali aku mkn masa p ksus kuantan 2bln lepas, perghhh sedap gila..

dekat kedai poksu moksu..

ayarkkk terliur ahhhh....
Quote debab76 13-9-2017 04:16 PM
sedap!! tp meols taley terima karipap bihun yach!
Quote pinkypetal 13-9-2017 08:33 PM
First time tengok karipap jenis ni
Quote pinkypetal 13-9-2017 08:33 PM
debab76 replied at 13-9-2017 08:16 AM
sedap!! tp meols taley terima karipap bihun yach!

Dia letak bihun ke dalam tu?
Quote borrow 13-9-2017 08:58 PM
Dulu gi pantai timur. Tak jumpa plak dipap ni. Nmpk sedap.

Ai mls buat kuih
Quote borrow 13-9-2017 09:00 PM
debab76 replied at 13-9-2017 04:16 PM
sedap!! tp meols taley terima karipap bihun yach!

Kat jpn femes roti ni . Roti yakisoba.

149 yakisoba pan.jpg

Taruk noodle . Agak2 tekak uols vley trima tak
Quote kittypong31 13-9-2017 09:13 PM
sedap pulak kalau makan petang2 dgn kopi o...
Quote debab76 13-9-2017 09:31 PM
pinkypetal replied at 13-9-2017 08:33 PM
Dia letak bihun ke dalam tu?

haah. meols pon tak sure dr negeri mana asal resepi ni
Quote debab76 13-9-2017 09:31 PM
borrow replied at 13-9-2017 09:00 PM
Kat jpn femes roti ni . Roti yakisoba.

meols takley terima carbs + carbs. atleast wajib carbs + protein yach
Quote mizruncing 14-9-2017 09:37 AM
sedap ke . blh la try nti
Quote Megikari 14-9-2017 10:50 AM
debab76 replied at 13-9-2017 04:16 PM
sedap!! tp meols taley terima karipap bihun yach!

I pernah jumpa karipap inti bihun ni kat Johor. Not bad la. Kenyang wehhh
Quote MYviHaZz 14-9-2017 12:22 PM
karipap ikan memang sedap..masa mula2 pindah terengganu memang tekak takleh terima, lama-lama bila dah jumpa yang sedap, sekarang ni dah tak suka karipap inti kentang/ubi tu
Quote jazaa100 17-9-2017 02:41 PM
Klu letak serbuk kari mgkin lebih sedap kot....
Quote Missfadh 17-9-2017 04:43 PM
debab76 replied at 13-9-2017 09:31 PM
haah. meols pon tak sure dr negeri mana asal resepi ni

I pernah mkn karipap inti mihun. Jarang org jual ni.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.088692 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top