AMBER CHIA, AMOY PENJUAL IKAN JADI SUPERMODEL Catatan ini perlu dibaca oleh remaja yang berangan-angan hendak jadi model! Sesungguhnya kehidupan dan kejayaan seseorang itu telah tersurat! Takdir adalah misteri yang tak terungkap! Tapi kena sedar diri, jika hendak jadi model anda mesti cantik, tinggi dan bertubuh langsing. Selebih berpegang teguh pada nasib!
Kejayaan anak Malaysia ini adalah kebanggan kita semua. Bermula dari zero kini menjadi hero! Gelaran Supermodel Antarabangsa milik tetamu minggu ini. Kejayaan itulah yang ingin dikongsikan persama peminat setia X-POSE. CARI.Com.My! Amber Chia @ Chia Lee Peng, Supermodel Malaysia yang berasal dari seorang amoy penjual ikan di pasar basah pekan Tawau kini mencipta sejarah luarbiasa! Bukan sahaja tuah! Tetapi amoy ini mempunyai pekej lengkap menjadi seorang superstar! She is awesome…! Mata terpegun menyaksikan aksi amoy cantik ini di pentas utama, sewaktu menghadiri undangan pertandingan akhir dalam `Pencarian Model Antarabangsa’ pada tahun 2004 yang dianjurkan Guess Watches, sebuah jenama tersohor.
Aku sempat berkerjasama dengan superstar ini semasa fotografi penghias kulit majalah dan illustrasi fesyen untuk majalah terbitan Kumpulan Media Karangkraf. Hubungan kami menjadi erat apabila aku menemubual Amber Chia untuk show dalam HIP TV, siaran di TV9. Pemilik sekolah, Amber Chia Academy yang dibuka pada bulan Ogos 2010 ini adalah adalah sekolah model terbaik di Malaysia. Supermodel ini seorang yang bersahaja, Cepelas cepelus! Cakap ikut suka je! Bahasa Melayu dan Inggeris tongang langgang! Tapi sikap mudah mesra dan murah senyuman itu pasti membuatkan sesiapa sahaja suka padanya. Keyakinan diri sangat mengkagumkan. Menutupi setiap kelemahan dan kekurangan! Jika dilihat kehidupannya pada hari ini yang penuh glamor dan kemewahan termasuklah kediamannya, siapa sangka Amber Chia 35 tahun ini pernah melalui pelbagai onak dan duri sebelum berjaya. “Saya berasal daripada keluarga yang cukup susah dan disebabkan kesusahan itu saya bersama kakak dan abang telah diberikan kepada keluarga angkat untuk dibesarkan. “Rentetan daripada itu juga saya hanya bersekolah hingga tingkatan tiga, seterusnya menghabiskan masa dengan membantu ayah yang merupakan seorang nelayan. Saya membantu menjual ikan di pasar pekan Tawau. “Pelbagai jenis kerja saya buat, pagi berkerja di pasar, tengh hari menjadi sale girls di kedai dan pada malam menjadi kashier di sebuah pub. Semunya saya lalui hinggalah berumur 17 tahun. Saya berazam hendak mengubah nasib keluarga dan hendak berhijrah ke ibu kota Kuala Lumpur ,” ujarnya. Bercerita detik-detik awal kedatangannya ke Kuala Lumpur, Amber memberitahu dengan berbekalkan wang tunai sebanyak RM300, dia memulakan kehidupan dalam serba kedaifan. Bukan sahaja perlu berjimat cermat sementara mendapat pekerjaan, dia juga perlu berdikit-dikit mengagihkan wangnya untuk membayar sewa bilik dan membeli makanan. “Namun apa yang berlaku tidak pernah memutuskan semangat saya untuk terus ‘berjuang’. Waktu itu, apa yang ada dalam kepala saya ialah ibu, bapa serta adik-beradik yang hidup susah,” sambungnya. Cita-citanya memang hendak menjadi seorang model, dia tidak mencari pekerjaan lain melainkan ‘tugas’ sebagai seorang model. Walaupun memiliki kelebihan dari segi ketinggian 5’ 9”, dia masih belum boleh menarik nafas lega kerana syarat tersebut bukanlah satu jaminan untuk dia terus diambil sebagai model. Amber tidak pandai bergaya. Disebabkan masalah tersebut, dia terpaksa berlatih memakai kasut tinggi dan menunggu sehingga enam bulan sebelum betul-betul diterima menjadi seorang model. Disebabkan jiwanya yang tidak mahu mengalah dan ditambah pula dengan semangat yang berkobar-kobar, akhirnya penantian Amber berbaloi. ‘Bintangnya’ mula dikesan apabila memenangi satu pertandingan model bertaraf antarabangsa. Dalam sesi temubual di depan kemera HIP TV, aku mengalirkan airmata. Insaf! Memberikan satu pengalaman baru dari kisah hidup Amber Chia yang penuh dengan berliku dan membuktikan dirinya tidak mudah mengalah. Bangga dengan sikap Anak Malaysia ini! Siapa yang pernah mengenali Amber pasti tahu bahawa pertuturannya yang tidak begitu fasih berbahasa Malaysia, tapi tetap ingin berbual dalam bahasa Malaysia walaupun bahasanya ‘rojak’. Memang melucukan! Demi karier dan masa depannya dalam industri glamour ini, Amber mendapatkan perkhidmatan seorang tutor untuk mengajarnya bahasa Inggeris. Kini penguasan Bahasa Malaysianya semakin baik. Ternyata apa yang dipaparkan hari ini adalah separuh daripada perjalanan hidupnya kerana banyak lagi yang diceritakan tetapi tidak dapat dimuatkan. Sebelum mengakhiri perbualan, Amber tidak lupa menyelitkan sedikit nasihat untuk generasi muda hari ini agar tidak mudah mengalah malah menjadikan segala pengalaman sebagai pengajaran untuk mencapai kejayaan. Anekdot: Kejayaan Amber Chia: Selama 16 tahun sebagai model, pelakon dan duta jenama, Amber mendirikan Akademi Amber Chia, sekolah model dan kecantikan (2010). Menghiasi hampir 300 cover malajah, Membuat catwalk di pentas enam benua. Membintangi 7 filem (Termasuk sebuah filem Tamil), mengarang 2 buku dan dilantik menjadi duta lebih dari 30 jenama.
|
21
Bagus |
13
Marah |
16
Terkejut |
14
Sedih |
17
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
umbut replied at 7-9-2017 01:25 PM
Ya.. semangat dia kuat.. dia citer gi brp byk agensi maybe puluh agensi modelling tapi ditolak sebab ...
dekmieDandy replied at 7-9-2017 01:36 PM
dia ni muka x la lawa giler ke apa
tp aura dia tu kuat
ADVERTISEMENT