Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik menjadi Ketua Polis Negara ke-11 menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib hari ini. Pengumuman itu dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika majlis serah terima tugas Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu kota hari ini. Memetik laporan Bernama, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu adalah keputusan kerajaan yang dibuat menerusi Suruhanjaya Pasukan Polis.
Tambah beliau, soal siapa yang akan menyandang beberapa jabatan di Bukit Aman akan juga diputuskan oleh pihak suruhanjaya sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda. Persoalan itu tidak harus dijadikan spekulasi kerana Perkenan Yang di-Pertuan Agong merupakan suatu yang mutlak atas nasihat Perdana Menteri, jelasnya. Mohamad Fuzi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi pernah menyandang pelbagai jawatan dalam PDRM. Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.- CARI |
19
Bagus |
20
Marah |
17
Terkejut |
29
Sedih |
18
Lawak |
24
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT