Hampir setiap kota dari pelbagai negara memiliki julukan tersendiri yang menjadi identiti dan kebanggaan warganya. Kebanyakan kota mendapat nama kerana keindahannya, namun beberapa kota ini terkenal kerana keunikannya. Jom tengok!
1. Igbo Ora, Nigeria - Kelahiran Kembar Penduduk di sini mencatat kelahiran bayi kembar tertinggi di dunia. Menurut Amusing Planet, setiap tahun 50 dari 1000 bayi yang dilahirkan setiap tahun merupakan anak kembar. 2. Hamilton, Kanada - 100 Air terjun
Terletak di Ontario, kota Hamilton terkenal kerana memiliki banyak air terjun. Menurut Amusing Planet, kota itu dipercayai memiliki 130 hingga 150 air terjun dan sehingga kini sebanyak 100 air terjun sudah ditemui dan diberi nama. Antara air terjun yang paling popular adalah Webster yang mengalir di ketinggian 41 meter, Albion, Tew's, Tiffany, dan yang terpendek, Little Davis Falls dengan ketinggian mencapai 3 meter sahaja. 3. Colma, Amerika Syarikat (AS) - Kota Kematian Nisbah perbandingan orang yang masih hidup dengan yang sudah tiada di kota ini adalah 1:1000 dan sebahagian besar bandar itu dijadikan sebagai tanah kuburan. Lihatlah jumlah kuburnya. Sejauh mata memandang, kota itu bagaikan dihuni orang mati sahaja! 4. Palmer, AS - Buah dan Sayur Raksasa Setiap tahun, kota itu mengadakan pertandingan buah-buahan dan sayur-sayuran gergasi. Beberapa buah-buahan dan sayuran di kota ini telah memecahkan rekod dunia seperti kubis seberat 62 kilogram (kg), tembikai (29kg), atau brokoli yang beratnya mencecah hingga 15kg! 5. Coober Pedy, Australia - Kota Bawah Tanah Kenyataan pelik tetapi menarik! sebahagian besar kota ini berada di bawah tanah, begitu juga dengan penduduknya yang majoriti juga tinggal di bawah tanah. Mereka membina rumah di bawah tanah kerana melarikan diri dari suhu Coober Pedy yang sememangnya sangat panas. Sehingga kini, mereka juga membangunkan hotel, muzium, restoran dan pelbagai kemudahan lain. Inilah antara kota dari seluruh dunia yang terkenal kerana keunikannya atau lebih tepat memiliki hal yang pelik dan aneh! Tahu mana lagi tempat-tempat menarik? Jom kongsikan. - CARI
|
23
Bagus |
24
Marah |
30
Terkejut |
37
Sedih |
34
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT