Setelah kontroversi yang timbul antara Malaysia dan Indonesia berhubung isu cetakan bendera terbalik dalam buku cenderamata semasa pembukaan Sukan SEA 2017 minggu lalu, kini timbul pula dakwaan Indonesia bahawa Malaysia melakukan penipuan dalam acara seni mempertahankan diri pencak silat.
Dalam acara pencak silat kategori beregu artistik lelaki, peserta dari Malaysia, Mohd Taqiyuddin Hamid and Rosli Mohd Sharif telah memenangi pingat emas tetapi pengurus pasukan Indonesia, Edhy Prabowo mendakwa wujud ketidakadilan sehinggakan kedua-dua peserta itu memperolehi mata yang terlalu tinggi. Memetik laporan website Detiksport, Edhy beranggapan keputusan itu sememangnya tidak sahih kerana dalam sejarah beregu artistik lelaki, tidak pernah ada sesiapa yang mampu memperolehi mata begitu tinggi.
"Mereka bukan sahaja tidak layak mendapat tempat ketiga malah tempat keempat sekali pun." "Saya tahu Malaysia melakukan penipuan, ianya tidak adil untuk peserta kami namun kami terpaksa akur dan terimanya." Peserta Indonesia iaitu Yolla Primadona Jumpil dan Hendy yang juga juara bertahan untuk acara tersebut dilaporkan marah apabila dikalahkan oleh peserta Malaysia dengan pungutan markah 554 mata di belakang pasukan Malaysia yang memungut 582 mata. "Ianya tidak pernah berlaku sebelum ini dimana juri memberikan sebanyak 582 mata dalam kategori ini. Nak mendapat 570 mata pun amat susah, sekarang mereka pula dengan mudah memperolehi 582 mata," ujar Edhy. Selain itu, tegas Yolla, kemenangan Malaysia itu adalah perkara yang mustahil. " Kami bukan bertemu sekali sahaja, kami telah bertemu sebanyak lima kali sebelum ini dan tidak pernah mereka dapat mencapai ke tahap berdiri di podium itu. Di sini, akhirnya mereka telah berdiri di podium itu."- CARI |
8
Bagus |
14
Marah |
16
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
SiBOntot replied at 28-8-2017 06:46 PM
Dulu masa dekat Palembang pon ..kontrovesi juga silat olahraga ni ..
sebab tuan umah Indonesia bi ...
mat_arof replied at 28-8-2017 07:14 PM
dulu masa 2011 sea games ...macam macam indon buat kat atlit kita...
sampai keluar arahan pada se ...
lexania replied at 28-8-2017 07:45 PM
Kaaannn. Ada ja x puas hati dgn malaysia. Lain kali indon x payah ikut apa2 event anjuran malaysia ...
SiBOntot replied at 28-8-2017 06:46 PM
Dulu masa dekat Palembang pon ..kontrovesi juga silat olahraga ni ..
sebab tuan umah Indonesia bi ...
ADVERTISEMENT