ANAK – ANAK KANSER Nak share sesuatu yang menarik dan mungkin boleh menjadi salah satu project charity kalian..
Di Institute Pediatric Ward KK3 HKL adalah tempat di mana kanak-kanak kanser akan ditempatkan, kanak-kanak pesakit kanser akan dimasukkan di dalam satu kawasan: Kanser darah,kanser tulang, kanser otak, kanser kulit. Dari pemerhatian abanG keluarga mereka telah jadikan ward KK3 ini sebagai rumah ke-2, ada yang berbulan bulan lamanya berada di sini, ada yang hanya beberapa hari dan ada yang singgah sebagai transit sahaja. Hasil inisiatif daripada semua keluarga pesakit, mereka (ibu & bapa) telah mewujudkan satu kumpulan di mana modus operandinya adalah memberi sokongan mental, rohani dan jasmani bukan sahaja kepada kanak-kanak malah ibu bapa mereka sekali. Kewujudan kumpulan ini nampak baik memberi kesan kepada keluarga pesakit dalam kesusahan yang mereka alami, keluarga akan diberi sokongan mental dan tunjuk ajar bagaimana hendak HANDLE anak-anak yang menghidapi penyakit kanser ini. Mereka ini mereka cukup sensitif, bukan kerana mereka mengada-gada atau buat-buat sensitif TETAPI itulah yang keluarga mereka harus lalui, kesan KIMO dan rawatan yang setiap hari mereka (anak-anak kanser). Kita yang tidak pernah lalui keadaan ini belum tentu kuat untuk hadapinya. Kumpulan sokongan ibu,bapa dan kanak ini telah didaftarkan atas nama: KUMPULAN IBU BAPA DAN SOKONGAN ANAK - ANAK KANSER (KIDS) PPM - 056 - 14 - 19012016 TO LOVE TO CARE TO COMFORT Mereka beroperasi di dalam ward KK3 Institute Pediatric HKL dan kumpulan ini sangat memerlukan sokongan dari pihak luar bagi membantu mereka dan keluarga pesakit kanser ini. Kebanyakan keluarga bukan dari golongan yang senang dan mereka sanggup bergadai untuk kesihatan anak-anak. Buat followers abanG dan mana2 NGO atau agency yang ingin melakukan program di Ward KK3 Institute Pediatric HKL boleh berhubung dengan: Puan Azmiah: 010 5397146 Diharap dengan sedikit keceriaan dan program yang kita lakukan dapat menggembirakan kanak-kanak kanser ini dan melupakan sekejap penyakit serta kesakitan yang mereka alami☺ Buat keluarga.... banyakkan berdoa, sabar dan tabah menghadapi ujian ini. Sama-sama kita doakan agar kesihatan mereka akan bertambah baik. Insyallah. Share it!
|
19
Bagus |
19
Marah |
14
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MyNameIsIris replied at 28-8-2017 05:13 PM
i pernah daftar jadi volunteer untuk pesakit cancer tapi syarat, tak boleh menangis depan patient
...
yayangmama replied at 29-8-2017 09:39 AM
kalau kat fb
saya like kumpulan sokongan ibubapa kanak2 kk3
ADVERTISEMENT