Padah memuat naik status kontroversi di Twitter, seorang wanita dikenali sebagai Lala menjadi bualan ramai di media sosial.
"Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!,” tulis wanita itu di laman Twitter miliknya. Nak dijadikan cerita, keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) berpihak kepada pasukan Malaysia apabila berjaya menewaskan Brunei 12-4. Bagaimanapun, kenyataan yang dibuat oleh gadis yang berusia 23 tahun itu dipadam selepas beberapa jam mungkin akibat desakan ramai yang menuntut agar dia mengotakan kata-katanya itu. Bercakap kepada mStar Online, Lala atau nama sebenarnya Nurul Adilla Abd Rahim menjelaskan bahawa apa yang ditulisnya di laman sosial itu hanyalah sekadar gurauan mesra tanpa berniat untuk melakukannya. "Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang serius. Perkataan ‘bogel’ itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bogel pun. "Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia menang atau kalah. Ia bukan sesuatu yang disengajakan,” katanya kepada mStar Online. "Saya akui perkataan ‘bogel’ itu agak sensitif dan saya mohon maaf sekiranya ada yang salah faham di atas kenyataan itu,” kata anak sulung daripada tiga beradik ini. Bahaya kan! Hanya kerana status, tak pasal-pasal "popular" dan satu Malaysia tuntut agar adik ini berbogel. Semoga kisah ini membuatkan kita semua lebih berhati-hati ketika membuat sesuatu kenyataan di media sosial. - CARI |
7
Bagus |
4
Marah |
25
Terkejut |
17
Sedih |
13
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT