Malang menimpa seorang ibu yang baru melahirkan anak apabila badannya terpotong dua akibat tersepit pada pintu lif. Kejadian yang berlaku di Hospital Valme di Seville, Selatan Sepanyol itu menyebabkan Rocio Cortes Nunez yang berada di atas pengusung ketika itu maut serta-merta.
Memetik laporan Europa Press, lif yang mengalami kerosakan mekanikal itu mula bergerak sendiri sebelum pengusung yang membawa Rocio sempat masuk sepenuhnya. Difahamkan juga, bayi kepada wanita berusia 26 tahun itu berada di sisi bunya semasa kejadian namun dilaporkan selamat. Polis dan anggota bomba yang bergegas ke sana gagal menyelamatkannya dan mengambil masa selama dua jam untuk mengeluarkan mayat.
Kepala mangsa terperangkap di antara bahagian atas lif dan bumbung, sementara kakinya pula terjuntai. Abag Iparnya, David Gaspar menyatakan yang suami mangsa amat berdukacita dengan kemalangan yang berlaku pada isterinya. “Kami masih tidak percaya perkara seperti itu boleh terjadi. Sesuatu harus dilakukan. Mereka perlu dihukum,” katanya. Mangsa meninggalkan dua lagi anak perempuan berusia tiga dan empat tahun.-CARI
|
20
Bagus |
23
Marah |
26
Terkejut |
19
Sedih |
29
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
TuntungReturn replied at 21-8-2017 02:56 PM
tu betapa pentingnya mentenen lif. tapi dgr kos mentenen pun leh tahan jgk. pbt pun x sanggup nk ami ...
palmolive replied at 21-8-2017 03:00 PM
hospital kena tubuh JMB gak ker
ADVERTISEMENT