Ibu bapa yang mengutamakan keselamatan dan kesihatan anak-anak pasti akan menyediakan sendiri bekal makanan untuk dibawa ke sekolah.
Malah, menyediakan bekal makanan untuk anak adalah satu tindakan bijak! Selain terjamin kebersihan dan khasiatnya, bekal makanan merupakan cara menghindari jajan yang belum tentu menyihatkan. Nak menyediakan bekal anak ni tak susah mana pun sebenarnya. Antara rajin dengan tidak je. Apa yang penting, menunya disukai anak. Jika anak anda menggemari telur dan mi, anda boleh buatkan mereka telur dadar atau omelette mi agar mereka lebih berselera menikmati makanan di waktu rehat mereka. Jom lihat resipinya! Bahan-bahannya: 2 butir telur 1 bungkus mi segera 1 biji lobak merah, dicincang 1 batang daun bawang, dihiris tipis 1 ulas bawang putih Garam dan gula secukupnya (nak guna rencah mi segera pun boleh) Sos cili/tomato sebagai pencecah Cara membuatnya: 1. Kacau telur sampai kembang. 2. Rebus mi hingga masak, toskan. Kemudian, potong dengan gunting agar tidak tergumpal. 3. Masukkan mi dan sayur ke dalam telur dan kacau rata. 4. Masukkan adunan mi dan masak dengan api sederhana hingga agak kering. Balikkan omelet dan biarkan hingga masak. Untuk membuat omelet lebih garing atau rangup, anda boleh tambahkan crackers, atau oatmeals. Memang kedengaran agak pelik, tetapi serius omelet anda akan jadi lebih rangup dan enak! Selamat mencuba. - CARI
|
28
Bagus |
20
Marah |
46
Terkejut |
20
Sedih |
19
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
husie91 replied at 21-8-2017 02:37 PM
Laa murtabak megi rupanya hehe tp berkhasiat ke tuu mcm sama je dgn makan jajan {:nose
husie91 replied at 21-8-2017 02:37 PM
Laa murtabak megi rupanya hehe tp berkhasiat ke tuu mcm sama je dgn makan jajan {:nose
Sazida: untunglah ada ank yg nk bawak bekal g sekolah. adik aku xnak bawak. bg la ape pun. xnk dia bwk. dia malu. nampak miskin kata dia.,. bg duit 3.00 je di ...
ADVERTISEMENT