"Pada mulanya memang kekok sebab saya dan Fikry macam kakak dan adik tapi bila di set penggambaran kami kena guna gelaran saya, awak." Demikian pengakuan penyanyi Siti Nordiana atau Nana berhubung telemovie terbarunya berjudul 'Cakelat Semanis Honey' gandingan bersama pelakon baharu Fikry Ibrahim yang sudah berkawan rapat semenjak menjadi pengacara bersama program Gema Gegar Vangaza. "Dalam telemovie ini kami melakonkan watak sebagai pasangan kekasih. Apabila ada babak yang perlu jadi romantik, macam nak muntah pun ada." "Tapi lama-lama dah terbiasa, hilang rasa kekok tu."
Jelas Nana, hubungan rapat mereka itu hanyalah atas dasar kerja sahaja dan tidak ada wujud cinta lokasi antara mereka. "Tak mungkin wujud cinta lokasi sebab kalau ada dari awal masa kami jadi pengacara lagi dah wujud." Telefilem tersebut akan ditayangkan pada 2 September depan di Astro Citra Eksklusif. Dalam perkembangan nyanyian pula, Nana kini sibuk mempromosikan lagu terbarunya iaitu Terus Mencintaimu. - CARI |
16
Bagus |
18
Marah |
33
Terkejut |
17
Sedih |
29
Lawak |
37
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT