Aiskrim Piza? Macam pelik saja bunyinya. Macam mana pencuci mulut dan hidangan utama digabungkan menjadi satu hidangan? Adakah revolusi makanan sudah terlalu jauh 'ke laut'?
Nampak dan kedengaran pelik, tetapi ianya benar-benar berlaku di Philadelphia, Amerika Syarikat. Semakin pelik-pelik 'saintis' mereka mencipta makanan ni! Memetik Metro.uk, restoran Little Baby's Ice Cream mencipta aiskrim berperisa piza dari bahan-bahan utama piza itu sendiri. Tomato, daun selasih, oregano, garam dan bawang putih; semua diracik dan diadun bersama rencah tambahan yang membuat rasa aiskrim piza ini benar-benar lazat! Tak mainlah makan aiskrim bersama kon. Sekarang ni, hanya yang benar-benar berani sahaja akan makan aiskrim ini dengan sepotong piza. Alang-alang menyeluk pekasam, kan? Baru ada umph! Oh, nanti dulu! Ada aiskrim yang lagi pelik dari aiskrim piza ni tau. Little Baby's Ice Cream juga menyediakan aiskrim yang dibuat daripada cengkerik. Ha, macam mana nak hadam tu? Apapun, tak boleh nak kata tak sedap sebab belum rasa lagi. Nampaknya, kena cari resepi dia la ni, kan? Ada yang teringin nak buat ke? - CARI Loading FB Post... |
14
Bagus |
12
Marah |
8
Terkejut |
31
Sedih |
12
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
SecretLuv replied at 16-8-2017 03:24 PM
Oh. Aiskrim tak manis la kan. Aiskrim perisa macam pizza juga. Ingatkan aiskrim manis tu.
ADVERTISEMENT