Dalam satu kaji selidik terbaru, Singapura mendahului semua negara lain di dunia termasuk Malaysia dari segi kelajuan internet dengan rekod muat turun paling laju 55.13Mbps.
Berdasarkan data M-Lab, perkongsian antara Institut Teknologi Terbuka Amerika, Kajian Sumber Terbuka Google dan PlanetLab di Universiti Princeton, baru-baru ini telah mengemukakan satu hasil kaji selidik kepada Cable.co.uk. Kajian menunjukkan sebanyak lebih 63 juta ujian kelajuan jalur lebar dilaksanakan dari bulan Mei tahun 2016 sehingga bulan Mei 2017 bagi 189 buah negara di seluruh dunia ini. Memetik laporan FMT, hasil kaji selidik menunjukkan, Malaysia menduduki tangga ke-63 dengan kelajuan muat turun 6.69Mbps, manakala Singapura menjuarai carta dengan kelajuan muat turun paling laju iaitu 55.13Mbps.
Dalam erti kata lain, penduduk Singapura hanya memerlukan 18 minit 34 saat untuk memuat turun sebuah filem HD 7.5GB, manakala filem sama mengambil masa 2 jam 33 minit 3 saat untuk dimuat turun di Malaysia. Biarpun di belakang Singapura dan Thailand, namun prestasi Malaysia masih dikira lebih baik daripada kebanyakan negara jiran di Asean.- CARI Senarai kedudukan kadar kelajuan internet bagi negara-negara di rantau Asean : 1) Singapura ; Pertama, 55.13Mbps 2) Thailand ; Ke-29 , 16.85Mbps 3) Malaysia ; Ke-63 , 6.69Mbps 4) Vietnam ; Ke-74 , 5.46Mbps 5) Indonesia ; Ke-75 , 5.19Mbps 6) Brunei ; Ke-86 , 3.83Mbps 7) Filipina ; Ke-87 , 3.69Mbps 8) Kemboja ; Ke-98, 3.1Mbps 9) Myanmar ; Ke-118, 2.09Mbps 10) Laos ; Ke-124 , 1.94Mbps
|
17
Bagus |
23
Marah |
10
Terkejut |
15
Sedih |
15
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
RahmanHatim02: makin laju internet, makin ramai atheist
cmf_king_kong replied at 14-8-2017 09:43 PM
It is not an apple to apple comparison.
Kalau nak adil kena banding Singapore dengan KL.
barfi: Haha indonesia lembap sedikit dari Malaysia. Itu yg penting
ADVERTISEMENT