Siapa tidak geram sekiranya mendapati anak kandung didera oleh saudara sendiri. Memetik laporan Harian Metro, kejadian dera melibatkan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun ini hanya diketahui oleh Umi Hamzah selepas dimaklumkan oleh anak bongsunya Jumaat lalu. Difahamkan, mangsa mula tinggal bersama ibu saudaranya selepas diberi kepercayaan oleh ibunya untuk menjaga mangsa sebagai anak angkat. Dakwa Umi, selain dibotakkan, disimbah air panas, diseterika, dipaksa tidur dalam stor dan dirotan setiap hari, anaknya turut dipaksa memakan najis dan dicurah sambal pada kemaluan. “Saya tidak menyangka dia (saudara perempuan) sanggup memperlakukan anak saya seperti binatang. Kalau saya tahu hendak jadi begini, saya tidak akan serahkan anak saya menjadi anak angkat dia.”
Jelas Umi, saudara perempuannya itu pernah dihubungi untuk mendapatkan penjelasan, tetapi alasan yang diterima adalah anaknya kerap terjatuh. Kemudian satu laporan polis dibuat oleh ibu mangsa di balai polis Jaya Gading Sabtu lalu. Menurut ketua polis daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh, mangsa telah dihantar ke hospital untuk melakukan pemeriksaan perubatan dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak Kanak 2010.- CARI
|
20
Bagus |
16
Marah |
24
Terkejut |
13
Sedih |
6
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kroit92 replied at 14-8-2017 06:51 PM
memang ada sedara-mara perangai setan macam ni, jangan butakan mata, pekakkan telinga. jangan kena k ...
ADVERTISEMENT