Tun Dr Mahathir menerusi blognya lantang mengecam sikap pemimpin kerajaan yang tidak malu dengan persepsi antarabangsa mengenai pentadbiran negara. Memetik laporan Free Malaysia Today, kelmarin menerusi laman blognya, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak memberi nasihat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah meninggalkan UMNO supaya tidak bersikap seperti pepatah Melayu “bagai ketam menyuruh anaknya berjalan dengan betul”. Selain meminta Tun cermin diri sendiri dulu, Datuk Seri Dr Salleh turut berkata tuduhan itu seolah-olah mahu mengatakan semasa era pemerintahan bekas perdana menteri itu adalah cukup bersih. Salleh menyenaraikan peristiwa pelaburan berisiko Bumiputra Malaysia Finance (BMF) di Hong Kong, kerugian Maminco Sdn Bhd untuk mengawal harga timah, kerugian Perwaja Steel, penswastaan Sistem Penerbangan Malaysia dan kerugian yang ditanggung Bank Negara Malaysia akibat dagangan mata wang asing.
“Apa terjadi pada semua syarikat dan pelaburan itu? Rugikah? Untungkah? Bermaruahkah? Jika Tun ingat kepada semua perkara ini, tidakkah Tun juga berasa malu dengan apa yang telah terjadi?” soal Salleh. Selain itu, Salleh turut merujuk kepada dua buah buku yang berjudul “Paradoks Mahathirisme: Biografi Intelektual Mahathir Mohamad” oleh Khoo Boo Teik, dan“Malaysia: Mahathirisme, Hegemoni dan Pembangkang Baru” oleh John Hilley. “Hasil kajian mereka tentang pemerintahan Tun bermuara pada rumusan berikut: Tun memerintah dengan prinsip ‘Machiavellian’, mengamalkan penaungan politk serta amalan kronisme dan nepotisme.” Tun seolah-olah lupa kepada pandangan sarjana tentang pemerintahan beliau, tambah beliau.- CARI |
15
Bagus |
22
Marah |
23
Terkejut |
16
Sedih |
20
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Penglipurtales replied at 11-8-2017 01:35 PM
Tun M saman COJ Rauf, Kerajaan tgh siasat FOREX Tun M. Kita tgk apa jadi nnt
Penglipurtales replied at 11-8-2017 01:35 PM
Tun M saman COJ Rauf, Kerajaan tgh siasat FOREX Tun M. Kita tgk apa jadi nnt
ADVERTISEMENT