Tahniah buat pemain badminton remaja negara, Leong Jun Hao kerana berjaya muncul juara perseorangan lelaki dalam Kejohanan Badminton Remaja Asia 2017 yang berakhir di Jakarta, Indonesia semalam. Berdasarkan halaman keputusan rasmi laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) , bwf.tournamentsoftware.com, remaja berusia 18 tahun itu terpaksa bekerja keras dalam pertarungan selama satu jam 14 minit untuk menewaskan pemain China Bai Yupeng 21-6, 20-22, 21-17, di Jaya Raya Sports Hall Traning Center. Memetik laporan Bernama, beliau menamatkan penantian negara untuk merangkul gelaran juara yang kali terakhir dimenangi oleh Soo Teck Zhi di edisi 2013 kejohanan di bawah 19 tahun itu di Kota Kinabalu, Sabah empat tahun lalu.
Jun Hao yang merupakan pilihan keenam kejohanan mara ke final selepas menundukkan pemain Thailand, Kunvalut Vitidsam 19-21, 21-14, 23-21 dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung Sabtu lalu. Selepas ini, pemain yang menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai idolanya itu bakal beraksi pada Grand Prix Antarabangsa Remaja Terbuka India bulan depan dan dia berharap mampu mengekalkan aksi terbaik.- CARI |
11
Bagus |
22
Marah |
22
Terkejut |
11
Sedih |
20
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT