CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Salah Siapa"? Kereta Polis Dirempuh, Netizen Pula Sibuk 'Berbahas'

24-7-2017 12:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6847| Komen: 23|Original author: Oleh: Maly Rosli

Kemalangan kereta di jalan raya memang tak dapat dielakkan. Bagaimanapun, kemalangan membabitkan kereta peronda polis baru-baru ini, menjadi tular di laman sosial.


Loading FB Post...

Facebook (FB) Info Roadblock Jpj/polis baru-baru ini memuat naik sebuah video berserta gambar kejadian di mana sebuah kereta Mercedes sedan merempuh bahagian belakang kereta peronda polis menyebabkan kesesakan lalu lintas.



Wow, bukan sembarangan kereta, sebaliknya kereta polis tau!

Memetik Harian Metro, akibat rempuhan berkenaan, dua anggota polis cedera di kaki dan kejadian masih dalam siasatan.

Apa yang menariknya mengenai insiden ini adalah perbalahan di antara netizen berhubung siapa sebenarnya yang bersalah.

Ada pihak menyalahkan kereta peronda berkenaan yang dipercayai lampu breknya tidak menyala menyebabkan pemandu Mercedes keliru sehingga terjadinya rempuhan terbabit.

"Berulang kali aku tengok, lampu brek waja polis tu tak menyala ke? Bagi pandangan mata aku memang lampu brek tak menyala. Cuba korang tengok pulak," tulis netizen.



Bagaimanapun, rata-rata netizen mempertikaikan dakwaan terbabit selain mengatakan kualiti kamera yang rendah menyebabkan semua lampu brek kereta tidak kelihatan menyala.

"Jangan tengok kereta peronda tu je, tengok kereta lain pun tak nmpak menyala.

"Takkan tak nampak kereta semua dah berhenti. Mercedes tu main henset... Dah tahu persimpangan macam tu jangan memandu laju," balas netizen.


Foto: FB Info Roadblock Jpj/polis

Biasalah di Malaysia, orang yang terbabit selalunya 'rilek' saja, sebaliknya orang lain pula yang lebih sudu dari kuah. Walau apapun, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dan beri penumpuan sepenuhnya ketika sedang memandu. - CARI
24

Bagus
25

Marah
29

Terkejut
38

Sedih
39

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (182 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 24-7-2017 01:20 PM
Dah terang lagi bersuluh langgau belakang jadi yang melanggau belakang lah salah kecuali ada saksi sahih mengatakan sebaliknya...
Quote palmolive 24-7-2017 01:25 PM
ini zaman netizen...
Quote meya 24-7-2017 01:26 PM
Orang lain berlanggar ..orang lain pulak sibuk tengok pun b*ng*ng...elok jalan takde jam ..jadi jam teruk.
Quote nisako 24-7-2017 01:46 PM
mcm macam skrg ni..........
Quote chinta89 24-7-2017 01:59 PM
kecoh2 psl ape? biarlah deols yg selesaikan. lebih sudu dari periuk ni.
Quote alieyrina 24-7-2017 02:15 PM
Undang2 bukan kata x kira apa jd kat kereta depan, kalau kita lggar belakang kita tetap salah?
Quote moonbug 24-7-2017 02:31 PM
Undang2 ada, tak pyh pening2 fikir masalah org lain
Quote Artemesiaa 24-7-2017 02:37 PM
Zaman sekarang kalau tengah memandu nak kena sentiasa alert, tak perlu layan handphone.  Ramai pemandu tak minat bagi signal apa tah lagi periksa sama ada lampu isyarat kereta mereka masih berfungsi atau tidak.  Kalau sama2 leka akan kemalangan le jadinya.
Quote manjalara_01 24-7-2017 02:52 PM
moonbug replied at 24-7-2017 02:31 PM
Undang2 ada, tak pyh pening2 fikir masalah org lain

pening sbb undang2 x adil...bleh?
Quote paz 24-7-2017 02:54 PM
Macam mana dia boleh nampak lampu brek dalam video kualiti yang kurang bagus ni?
Quote moonbug 24-7-2017 03:05 PM
manjalara_01 replied at 24-7-2017 02:52 PM
pening sbb undang2 x adil...bleh?

Yg itu mmg pening. Tp boleh pilih utk redha  
Quote manjalara_01 24-7-2017 03:19 PM
moonbug replied at 24-7-2017 03:05 PM
Yg itu mmg pening. Tp boleh pilih utk redha

good choice! better dari layan rs sakit hati tu
Quote gigahertz 24-7-2017 04:30 PM
nisako replied at 24-7-2017 05:46 AM
mcm macam skrg ni..........

kalau tak salah aku ada pendapat mengatakan kalau kita orang biasa langgar kereta kerajaan tak kira la JPJ ke Polis ke apa ke janji ada kaitan dengan kerajaan insyallah yang orang biasa tu satu sen tak kan dapat dari insuran.

insuran tak cover utk kes macam ni.
Quote LavaUollss 24-7-2017 08:23 PM
tak kosser la...siap csi semua bagai
Quote fox. 24-7-2017 08:41 PM
Nasib ko la dik tercium bontot kereta polis
Quote WajibulGhunah 25-7-2017 01:59 AM
Nasib laaaa terlanggar kereta polis
Quote azimodin 25-7-2017 02:32 PM
Gambar x clear so aku pon x pasti lampu break kenderaan polis tu berfungsi ke tak. Yang mmg jelas dalam ni kereta belakang tekan minyak melulu macam orang nak terberak.
Quote kambinggila 25-7-2017 03:11 PM
aku syak driver mercedes kena sawan. kaki dia kejang pijak pedal minyak. pernah jadi kat orang aku kenal. berhusnuzon je la
Quote MH3709 25-7-2017 03:37 PM
no matter what jhappens,yg melanggar belakang tu tetap salah...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.103148 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top