CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ingatkan Kuat Sangat! Lelaki Sado Kalah Berlawan Dengan Pak Guard

18-7-2017 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5200| Komen: 18|Original author: Oleh: Myra Rozi

Amboi, mentang-mentang badan sado, habis semua orang nak dilawannya. Namun malangnya nasib tidak menyebelahi lelaki berbadan sasa ini.

Mungkin dia menyangka boleh menang tapi jangkaannya meleset sama sekali apabila 'tumpas' berlawan dengan beberapa pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Subang Jaya.


Menurut sumber, lelaki tersebut cuba masuk ke dalam kondominium itu namun disebabkan gagal untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk pelawat, dia tidak dibenarkan untuk memasukinya.



Bengang dihalang, apa lagi terus ditendangnya 'pak guard' tersebut di bahagian kaki. Tak lama selepas itu, menyusul tiga lagi pengawal keselamatan yang bertindak mempertahankan rakannya dengan memukul lelaki sasa tersebut.

Pergaduhan itu sempat dirakam oleh individu yang berada di tempat kejadian sebelum tersebar dan menjadi tular di media sosial.

Ada netizen yang mendakwa lelaki tersebut merupakan seorang petarung sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA).

Kebanyakan netizen yang melihat rakaman video mengecam tindakan lelaki sado itu yang disifatkan sebagai kurang ajar. Tidak kurang juga yang mengecam dengan mengatakan pengawal keselamatan terlalu agresif.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Darriush Kha Lili yang dipercayai lelaki sasa dalam video tersebut tampil memberikan penjelasan. 

Dia juga telah mengakui kesilapannya dan meminta maaf kepada semua yang terlibat semasa kejadian tersebut.

Sebenarnya perkara begini boleh diselesaikan secara baik. Bincang elok-elok tak perlu pun nak menggunakan kekasaran. Tak begitu? -CARI
15

Bagus
13

Marah
34

Terkejut
30

Sedih
38

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (153 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AlienGurlz 18-7-2017 04:44 PM
Iya-iya je konon tak nak lawan balik. Padahal memang tak boleh nak lawan dah tu.
Quote Skuau 18-7-2017 05:00 PM
Tak aci...1 vs 3...pkai blantan lg tu....
Quote harrypoter 18-7-2017 05:20 PM
bhahahaha... kena pegang mcm nk sembelih kambing
Quote harrypoter 18-7-2017 05:20 PM
btw...byk betul posting pasal kes ni arini
Quote susukambingbest 18-7-2017 05:30 PM
Bodo jntan ni. Dah malu la tu, hrp je ahli MMA, xnak ada masalah ngn polis knon. Dah mcm kmbing golek dah,,lagi xnak mngaku lembik pdan la muka kau provok org lagi, bagus org yg rkam prngai pmbuli kau tu, f*ck 2 u la
Quote Artemesiaa 18-7-2017 05:39 PM
1 lawan 4 kambing golek le jadinya
Quote matchstick 18-7-2017 05:44 PM
beSA + boDO = SADO

padan muka.
Quote manjalara_01 18-7-2017 05:44 PM
gaduh2 mcm ni biase la...please don't expect everything to be perfect all the time..people make mistakes..
just because virul je...jadi la se episod drama...utk tontonan khalayak...

Quote redapple10 18-7-2017 06:17 PM
Aku rs dia budak baru nak bljr ni.. gaya ada tp still zero la..
Quote redapple10 18-7-2017 06:19 PM
Atlis ko nmpk guard tu buat keje,next time byr maintanence fees pun puan hati
Quote awanearisu 18-7-2017 06:29 PM
Pandai guard tu tangkap kaki dia. Entah-entah guard tu ada asas silat.
Quote Ayda89 18-7-2017 06:44 PM
Kena angkut macam angkut kambing panggang je
Quote trakea 18-7-2017 07:47 PM

Topik dah ada
https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1051475
Quote syadq 19-7-2017 08:34 AM
Takpe boleh cuba lagi next time.

#teamabamsado
Quote nisako 19-7-2017 11:48 AM
padan muka............................
Quote chinta89 19-7-2017 11:51 AM
sado ko x ke mana rupanya bang..
Quote yprat 19-7-2017 11:58 AM
Kalau ikotkan, memang betol cakap mamat tuh, dia x melawan bila pak guard naik atas dia. Dengan saiz badan dia tuh dan MMA training, mmg senang aje nak terajang pak guard sumer tuh, tapi dia tau kalau dia buat camtuh, he'll get in a lot more trouble with the police, he was stupid, but not that stupid.

Kalau perasan, sepakan dia buat pon x pakai full power, kalau full power tumbang teros pak guard cinonet tuh.
Quote meya 20-7-2017 01:58 PM
Mana-mana pun sama...guard tercongok kat postguard tu untuk jaga keselamatan penghuni.  Bersyukurlah dapat guard yang sungguh-sungguh menjalankan tugas.

NASIHAT UNTUK JAKUN-JAKUN YANG TAK PERNAH PERGI KAWASAN 'GATED DAN GUARDED', TOLONG SAMA-SAMA JAGA ADAB PERGI TEMPAT ORANG.  

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048867 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top