Akibat memanjat atas sinki di dalam tandas, dua kanak-kanak cedera parah di bahagian paha dan perut terkena serpihan sinki yang pecah selepas sinki yang dipanjat mereka itu terjatuh.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu kira-kira pukul 11 pagi, ketika itu kedua-dua mangsa dikatakan sedang mandi di kediaman yang bertempat di Wira Desa, Kuala Lumpur. Dilaporkan, abang yang berumur 6 tahun dikenali sebagai Muhammad Darwisy Norhazliysham cedera di paha manakala adiknya Muhammad Adam berusia 4 tahun pula cedera di bahagian perut. Menurut Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Baharuddin Dol Majid, kejadian itu disedari ibu mangsa yang terdengar jeritan mereka.
“Ibu mangsa meminta bantuan jiran sebelum memaklumkan kepada APM." “Kami memberi rawatan awal sebelum membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut." Difahamkan, kejadian berlaku apabila seorang daripada mereka memanjat sinki yang diperbuat daripada batu seramik sebelum terjatuh. Sekitar pukul 3.20 awal pagi tadi, bapa saudara mangsa, Ridhwan Wahid menerusi facebook memaklumkan pembedahan kedua-dua anak saudaranya itu berjalan lancar, dan kini mereka dalam keadaan stabil. Selain itu, Ridhwan juga menghargai semua kawan yang memberi doa terhadap kedua-dua anak saudaranya.- CARI |
9
Bagus |
14
Marah |
3
Terkejut |
3
Sedih |
9
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
virgo19 replied at 7-7-2017 05:25 PM
ngerinya.. dulu pun ada kes sinki terjatuh atas kepala budak yg tengah mandi, mak tak boleh buka pin ...
blue_ivy replied at 7-7-2017 06:09 PM
Peingatan jgk utk set2 jakun pprt batak yg suka cangkung ats toilet seat smpai berbekas tapak selipa ...
rmin replied at 7-7-2017 08:51 PM
Yess tepat sekali..serius x phm knp nk guna toilet duduk tp mencangkung atas tu..kalau pecah terbe ...
dani-rox replied at 7-7-2017 08:20 PM
Tangki air tandas ai seramik gak, main sangkut gitu jah. Sekali pecah berderai, kemain tajam serpiha ...
ADVERTISEMENT