Susah juga nak memikirkan menu pencuci mulut sempena rumah terbuka nanti? Jangan gusar, resipi termudah, mix fruit cocktail anda boleh cuba.
Gabungan buah campuran memang sangat menyegarkan, ditambah pula dengan rasa lemak susu dan juga puding kastard. Memang terbaik! Jom cuba, pasti tetamu gembira dengan hidangan anda ini nanti. Bahan-bahan: 2 paket Jelly sumi 2 tin susu cair ideal 4 sudu besar susu pekat 1 tin buah peach 1 tin fruit cocktail
1 tin longan 1 bekas nata de coco 2 biji kuning telur 4 sudu besar tepung kastard 4 sudu esen vanilla 4 sudu besar gula pasir Cara-caranya: 1. Buah-buahan asingkan dan masuk terus dalam bekas hidang 2. Satukan bahan-bahan cair (kuah dari tin peach, longan, mix fruit, nata de coco & susu cair) dalam periuk. 3. Masukkan kuning telur & esen vanila. 4. Custard kacau dulu dengan air supaya sebati, baru campur dalam periuk. 5. Dah satukan semua baru hidupkan api perlahan dan masak kuah sampai sebati, tak perlu panas sangat. 6. Apabila sudah sejuk, campurkan dalam mangkuk hidang yang dah tersedia dengan isi buah-buahan tadi. - CARI Kredit foto: Resepi Sedap |
9
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
3
Sedih |
4
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Ipo replied at 7-7-2017 05:40 PM
bubuh telur dan custard ke?
saya buat tak pernah taruk telur dan custard
RatuDunia94 replied at 7-7-2017 06:09 PM
Iols bese buat mmg letak telur.. Rasa lemak2 gitu.
LavaUollss replied at 8-7-2017 01:32 PM
kuning telo tu nak kena pukul dulu ke? tak berketul-ketul ke nanti bila masak kuning telo tu?
LavaUollss replied at 8-7-2017 01:32 PM
kuning telo tu nak kena pukul dulu ke? tak berketul-ketul ke nanti bila masak kuning telo tu?
ADVERTISEMENT